Followers

Sunday, August 15, 2010

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum..

Nampaknya sudah empat hari kita menunaikan ibadah puasa.. Teringat kembali kenangan dan keseronokkan berbuka puasa tidak kiralah bersama rakan ataupun keluarga.. Alhamdulillah,walaupun berjauhan dengan keluarga, perasaan sedih tidak dapat berbuka bersama keluarga berkurang bila aku berbuka beramai-ramai dengan sahabat-sahabatku.. Pergi membeli juadah berbuka dengan kawan-kawan,mengunjungi bazaar ramadhan yang berlainan setiap hari, hari ini pergi Bazaar Ramadhan Alor Gajah, esoknya pula ke Masjid Tanah, lusa ke Rembia, tulat ke mana ntah lagi aku pun tak tahu..

Tapi, apa yang menarik perhatian aku ialah sambutan orang ramai terhadap bazaar ini amat menggalakkkan tidak kira melayu, cina ataupun india.. Masing- masing mencari makanan yang kadang-kadang hanya terdapat pada bulan ramadhan sahaja.. Bertambah kemeriahan dengan pelbagai juadah untuk berbuka puasa.

Yang dikesalkan pula, sikap para peniaga yang meletakkan harga makanan yang tidak berpatutan.. sepatutnya mereka perlu sedar bulan yang mulia ini bukan bulan untuk mengaut keuntungan semata-mata,tetapi banyakkan amal jariah dan sedekah.. Begitu juga dengan sikap pembeli yang tidak sabar dalam membeli juadah berbuka.. Selain itu, keborosan dalam membeli juadah berbuka juga harus kita elakkan.. Islam menuntut supaya kita bersabar di dalam apa jua perkara terutamanya di dalam bulan yang mulia ini.

Diharapkan, selepas ini dapatlah kita berubah ke arah kebaikkan dan bukannya keburukkan..

Berkenaan dengan kejadian ribut yang melanda bazaar ramadhan di satu tempat di Jasin baru-baru ini, adakah ini sekadar bencana alam ataupun satu bala yang diturunkan oleh Allah?? Cubalah kita renungkan apakah hikmah di sebalik kejadian ini..

Oleh itu, cuba kita renungkan sekali lagi mengapa Allah menurunkan ribut hingga meragut nyawa itu.. Nauzubillah..

No comments:

Post a Comment