Followers

Monday, August 2, 2010

NAK BALIK!!!!!!!!

Huhu... apa yang aku melalut ni.. Bukan apa,banyak yang berlaku di kampung ku sekarang,yang membuatkan aku teringin sangat nak balik kampung.. Antaranya,pertama,Kakak aku(SITI SARAH),dan suaminya,(NIZAM) yang baru mendapat cahaya mata sulung mereka(anak perempuan)semalam(1Ogos2010)..Tahniah diucapkan sekali lagi dan maka dengan itu bertambah la lagi rakyat2 dalam keluarga Ghazali Bin Hj Abdullah..

Ke-2,Para pemuda di kampungku sekarang sedang mengadakan berbagai2 program termasuklah projek membina gelanggang futsal di kampungku.. Aku ingin bersama-sama rakan-rakanku membantu menyiapkan projek itu.. Tapi apakan daya aku jauh..

Ke-3,tinggal lagi seminggu lagi,umat islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia akan menyambut hari yang amat dinantikan oleh kita iaitu Ramadhan Al-mubarak... Berbuka puasa bersama keluarga adalah sesuatu yang amat dirindui oleh semua orang yang nun jauh di rantau orang..

Aku berharap semua ini akan dapat aku atasi dengan penuh rasa sabar apatah lagi di dalam bulan yang penuh dengan hikmah,pengajaran serta bulan untuk kita mengutip pahala sebanyak mungkin.. Jangan kita biarkan bulan yang penuh dengan rahmat Allah ini berlalu pergi dengan kita hanya berbuat perkara yang sia-sia dan lagha sahaja..
JANGAN TAK PUASA TAU!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment