Followers

Tuesday, August 10, 2010

SEBELUM BULAN PUASA TIBA



Bulan yang penuh dengan segala berkat,nikmat dan juga rahmat Allah sudah hampir tiba. Aku harap aku dapat menyempurnakan puasa tahun ini seperti tahun-tahun lepas..
Ini kali ke-2 aku berpuasa di rantauan orang,jauh daripada keluarga tersayang dan juga rakan-rakan seperjuangan di kampung.. Aku juga berharap tahun ini terawih aku juga penuh,tidak seperti tahun-tahun yang lepas (Cukup 8 jew,terus cabot,hahaha)..

Lusa,11.08.2010 seluruh umat islam di seluruh negara akan menjalankan ibadah puasa.. Bulan puasa ini jugalah kita akan melihat berkembangnya perniagaan para peniaga kecilan yang akan berniaga di bazaar-bazaar ramadhan di seluruh tempat di pelosok negara..

Semalam, aku dan kawan-kawan serumahku keluar menikmati keindahan kawasan ekitar Bandar Melaka.. Suasana tetap meriah walaupun jam di Handphone sudah menunjukkan pukul 3 pagi.. Namun, jalanraya masih belum lengang dengan kereta-kereta yang menyusur laju menuju destinasi yang tidak aku ketahui.



Begini lah keadaan yang membayangkan kesibukan bandar yang tidak pernah tidur ini. Aku dan kawan-kawan hanya melihat gelagat manusia yang melakukan kerja-kerja mereka..
kami hanya sekadar berbual-bual kosong dan juga melepak di kawasan yang penuh dengan manusia..



Kami memikirkan jika bulan ramadhan nanti,apakah suasana begini dapat dilihat lagi,ataupun selepas Hari Raya Aidilfitri nanti?? Apakah keluarga nun jauh di sana tidak merindukan kepulangan anakanda mereka?? Soalan-soalan ini bermain di fikiran aku dan juga kawan-kawan aku.. Biarlah soalan ini menjadi kenangan aku..

Ramadhan,bulan yang amat diberkati oleh Allah,para malaikat_Nya,dan rasulnya.. bulan yang amat dinanti-nantikan.. Aku menjadi tidak sabar untuk menunaikan solat terawih berjemaah di surau-surau ataupun masjid yang pasti akan penuh dengan ratusan malah ribuan umat islam..

Oleh itu,aku berharap semua umat islam bergembira dengan kedatangan Ramadhan dan sentiasa mengharapkan agar kita dapat melalui malam yang amat indah iaitu malam 7 likur pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.. Selamat berpuasa!!!

No comments:

Post a Comment