Followers

Friday, July 30, 2010

TIGA HARI(bukan madu tiga)




ASSALAMUALAIKUM..

Tempat-tempat di atas..Yes!!! Cuti tiga hari yang amat menggembirakan dan juga kurang menyenangkan..haha.. Lepas ni,dapatlah aku rehat secukup-cukupnya..kui3!!! Proposal dah siap,tinggal nak hantar je.. Pergi kolej,lecturer pulak menghilang. Nak cari,aku nipon pemalas,tak payah cari lah.. Sekarang dunia dah maju,zaman dah moden.. tekan je 10 butang kat handphone tu,tetiba jer keluar suara.(Pelik3!!!)

Tiga hari!!! Apa la nak buat tiga hari.. Duit pun tak masuk lagi... Bila mau masuk maaa?? Huuuuuuu sedihnya... baru aku rasa ke'patah'an duit di rantau orang.. Kih3 apa leh buat,nasib badan.

Okeh, mari kita rancang nk pegi mana, pertama,rasa macam nak lepak kat Menara Petronas!!
Tempat yang menjadi lambang pembangunan Malaysia..huhu.. Lama tak pegi situ..kawasannya pon best..aman..hahah.

Terengganu(GANU KITE).. Aku pernah sampai sana sekali jer. Tu pun masa lawatan time sekolah menengah lebih kurang 3 tahun dulu.. Aku teringin nak pergi lagi..Kampung Losong,Masjid Kristal dan macam-maca tempat lagi.,.

Tempat terakhir yang aku nak sangat pergi, Pulau Pangkor..Tempat yang nyaman,indah,selesa dan aman damai..Kat sana tak perlu pikir hal-hal duniawi..huhu.. Insya allah kalau ada esempatan aku akan sampai sana jua.. hahha..

Semoga impian aku untuk pergi ke Pulau Pangkor tercapai..HuHu!!

Tuesday, July 27, 2010

MALAM YANG DINGIN

Wah...!! sudah lama aku tak tido lewat macam ni.. Bila nak tido jer,tak boleh... Bila nak boleh tido nyenyak ni...mungkian aku rindukan seseorang kot.. sampai bila aku dapat lupakan dia.. tapi malam ni aku rasa gembira,ntah kenapa aku pun tak tahu... hati aku rasa nyaman,tenang macam malam 7 likur la pulak.. Oh, bila aku tengok balik kalendar,baru aku tahu, yang malam ni malam nisfu syaaban..

Aku ada membaca satu hadis yg berbunyi begini:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.
(Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban).

Bila aku hayati hadis nabi tersebut,aku merasakan bahawa malam nisfu syaaban ni,apabila kita memohon keampunan_Nya,nescaya Dia akan mendengar kita hambanya yang lemah ni. Setelah itu baru aku rasakan aku ni,dan semua manusia di dalam dunia ni termasuk makhluk yang ada di dunia ni hanya insan kerdil yang lemah lagi hina jika dibandingkan dengan ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHI..

Jadi,manfaatkan malam nie...malam nisfu syaaban dengan membaca surah yasin sebanyak 3 kali dengan niat :
1.kuatkan iman
2.murah rezeki
3.panjang umur
semoga kita semua mendapat keberkatan dan dimakbulkan doa daripada allah s.w.t ..amin :-)

Friday, July 23, 2010

RINDU KAMPUNG HALAMAN

Assalamualaikum.

Seperti biasa, aku masih lagi memikirkan kampung ku.. Rindukan makanan di rumah, rindu nak main bola dan futsal dengan kawan-kawan aku.. Apa boleh aku buat... Aku hanya dapat menunggu,menunggu,menunggu dan menunggu.. Macam mana aku tak rindu masakan di rumah, tiap-tiap hari makan ikan dalam tin, ayam yang masih belum menetas dan kicap..(Tak lupa juga nasik)..
Dan macam mana aku tak rindu geng-geng kampung aku main futsal, kat sini aku keja tido,tido,dan tido...

Esok aku nak makan apa la..hihi.. Kawan-kawan seperjuangang aku pun menerima nasib sedemikian rupa... Apa nak dikata, Susah sama-sama susah, senang sama-sama senang kan. Selamat aku ada kawan-kawan sedemikian rupa..hehe...Terima kasih kawan-kawanku. Teringat aku masa aku hadapi saat-saat susah sebelum aku masuk belajar di kolej ni... Time tu aku bekerja di kilang di tempat aku, makan tak terurus, mandi tak basah,minum tak kenyang... Aku harap benda ni tak berulang lagi... Seperti kata orang-orang tua,Genggam Bara Api Biar Sampai Ke Pangkal Jari(Lengan dah lama,hihi)

Wednesday, July 21, 2010

KELETIHAN KU

Assalamualaikum...

Fuh!!!!!
Suatu keluhan keletihan yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata(walaupun aku tulis juga kata-kata tu)... Semakin hari semakin banyak tugasan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarahku yang tersayang, perlu aku selesaikan... Namun begitu, tugasan yang bertimbun-timbun itu akan aku siapkan juga walau datang pelbagai dugaan daripada syaitan(kekadang malas menguasai diri,hehe) dan juga halangan dari sesetengah pihak,namun kata Karam Sigh Walia,"Onak duri hatta lautan api sekalipun sanggup ku rentasi" tetap menjadi perangsang untuk aku...

Aku masih ingat lagi kata-kata yang dicipta oleh seorang ustazah di bekas sekolahku,iaitu SMK Labu Besar, Kulim Kedah D.A. Dia berkata "Qardawiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!! Hang jangan dok mein-mein masa ustazah mengajaq..hah!!, hang cuba dak jawab soalan ni kat rumah???...(Lohgat Kedah la ni) "Errrrr!!! dak pun ustazah,saya tak tau la ustazah"..."Aduhhhh!!!!!!!!!" Menjerit aku kena cubit... Dan perkataan terakhir yang akan keluar dari mulut dia selepas mencubit ialah..."NAK MENGAJIIIIII!!!!!!!"...

Walaupun sakit dicubitnya, namun aku tetap ingat kata-katanya hingga kini... Sekali lagi, "NAK MENGAJIIIIII!!!!!!"

(*Ustazah yang dimaksudkan diatas ialah Ustazah Solehah Bte Mad Zain, jasamu tetap kukenang.. Tak lupa juga kepada semua pendidik yang pernah mendidik saya atau yang sedang mendidik saya sekarang ini. I LOVE YOU ALL MY TEACHER!)

Tuesday, July 20, 2010

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers2 sekalian...
Saya Mohd Qardhawi Bin Mohd Ghazali... Pelajar Kolej RISDA,Alor Gajah Melaka di dalam jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan.. Nombor matrik saya ialah M03001593.. Berumur 19 tahun.Saya berasal dari Kulim,Kedah Darul Aman. Tujuan saya menulis di dalam blog ini kerana ingin mengembangkan lagi keupayaan saya dalam bidang penulisan blog ini... Disamping itu, blog ini merupakan tugasan yang perlu dilakukan di dalam subjek yang diambil oleh saya di Kolej RISDA.. Diharapkan kerjasama dari semua pihak dapat membantu saya di dalam bidang ini... Sekian, Terima Kasih..