Followers

Thursday, October 27, 2011

Laporan Ketua Audit: Tahniah Kerajaan Kedah

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) amat berbangga dengan Laporan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah untuk tahun 2010.

Ketua Penerangannya, Mohd Nasir Zakaria berkata, walaupun Ketua Audit Negara mengatakan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Kedah memuaskan, namun bagi DPPNK, dengan usia 'setahun jagung' iaitu baru tiga tahun memerintah, pencapaian tersebut adalah sangat cemerlang.

Katanya, berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan; pengalaman pentadbiran, kewangan, penyaluran peruntukan kerajaan pusat yang tidak melalui negeri, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (gambar) terus melangkah gagah.

“DPPNK mempunyai alasan kukuh untuk terus mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Padang Terap menggariskan tujuh sebab dan berbangga dengan kejayaan itu.

Pertama, katanya Kerajaan Negeri Kedah telah mengalami peningkatan hasil sejumlah 23.9 peratus atau RM87.94 juta pada tahun 2010 berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus RM2.55 juta atau RM 0.6 peratus.

Hasil kerajaan negeri pada tahun 2010 berjumlah RM456.21 juta berbanding 2009 sebanyak RM368.27 juta.

“Pencapaian ini adalah yang terbaik di dalam masa 5 tahun,” katanya lagi.

Kedua, ujarnya Kerajaan Negeri Kedah telah mencatatkan surplus atau lebihan pada tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta yang mana peningkatan itu sangat ketara dan sangat membanggakan.

Katanya, ia adalah defisit tertinggi dalam masa 5 tahun dan merupakan surplus kali kedua dalam tempoh tersebut, berbanding dengan defisit tahun 2009 yang berjumlah RM62.89 juta, ia menjadikan peningkatan sejumlah RM85.39 juta iaitu sebanyak 135.8 peratus.

Selain itu, kata Nasir (kiri) Ketua Audit Negara juga telah memperakui pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri telah bertambah baik berbanding 2009.

Menurutnya, pihak Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti di 17 Jabatan/Agensi Negeri.

Justeru, beliau mengucapkan tahniah kepada para pegawai kerajaan negeri.

Beliau menambah, laporan itu telah memperakui peningkatan penerimaan hasil cukai tanah sebanyak RM18.69 juta iaitu peningkatan sebanyak 21.9 peratus yang mana kerajaan negeri telah berjaya mengutip RM104.06 juta berbanding 2009 hanya RM85.37 juta.

“Walaupun dasar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang menurunkan cukai sebanyak 25 hingga 75 peratus di awal usia pemerintahan, namun bagi DPPNK telah berlaku kecekapan di dalam kutipan hasil tanah walaupun berlaku penurunan selama dua tahun berturut-turut. Kutipan ini adalah yang kedua tertinggi di dalam tempoh 5 tahun,” ujarnya lagi

Kelima, katanya peningkatan ketara iaitu 125.2 peratus atau RM19.71 juta juga berlaku dalam pungutan tunggakan cukai tanah.

Menurutnya, hasil kutipan berjumlah RM35.45 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya RM15.74 juta di mana kutipan itu adalah tertinggi dalam masa 5 tahun.

Sekali lagi, ujarnya premium hutan berjaya ditingkatkan oleh Kerajaan Negeri Kedah di mana peningkatan sejumlah 46.9 peratus atau RM15.49 juta, berbanding tahun 2009 sebanyak RM33.05 juta, kerajaan berjaya memungut RM48.54 juta.

Jelasnya, jumlah itu juga adalah yang tertinggi dalam masa 5 tahun.

“Sebagai catatan juga peningkatan jika dibandingkan dengan tahun 2007, hampir 400 peratus,” katanya lagi.

Tambahnya, yang ketujuh ialah kerajaan negeri juga berjaya membuat kutipan premium tanah tertinggi dalam masa 5 tahun terakhir, berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak RM26.63 juta, sebanyak RM58.12 juta atau peningkatan sebanyak 118.3 peratus.

Katanya, DPPNK berpandangan bahawa dengan laporan itu, Ketua Audit Negara terus memperakui keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Ini membuktikan secara fakta bahawa segala tohmahan bahkan keraguan yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan adalah tidak berasas,” ujarnya.

Tegasnya, DPPNK akan terus bekerja keras bagi terus mempertahankan dan mengajak seluruh rakyat terus menyokong dan mendokong pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

“Di sebalik segala kepincangan Laporan Ketua Audit Negara terhadap Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional, DPPNK menyeru seluruh rakyat Negeri Kedah untuk membuat perbandingan dan membuat pilihan yang tepat,” ujarnya lagi.

Cegah murtad: Mantapkan aqidah, bukan himpunan


KUALA LUMPUR, 27 Okt: PAS secara konsisten berpendirian bahawa kedah mencegah murtad adalah dengan cara memantapkan aqidah umat Islam itu sendiri seperti konsep yang ditunjukkan oleh al-quran dan Rasulullah S.A.W.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pendekatan hujah dengan ilmu dan perlaksanaan syariat yang tegas dan adil serta menghukum penganut Islam dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan adalah kaedah lebih lunak mencegah gejala tersebut.

"PAS memilih uslub menyampaikan mesej Islam dengan konsep yang ditunjukkan oleh Al Quran dan Rasulullah S.A.W. dengan cara memantapkan aqidah umat Islam sendiri secara istiqamah yang menghalang murtad dengan ilmu dan syariat yang tegas dan adil, menghukum penganut Islam, dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan dengan uslub hiwar antara agama dan tamadun, serta berhujah dengan ilmu dan amal Islam yang adil dan sempurna," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian dipercayai sebagai mengulas pendekatan pihak tertentu yang menganjurkan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) baru-baru ini bagi membantah usaha kristianisasi umat Islam.

Bagi PAS, kata Tuan Guru Abdul Hadi, pendekatan berhimpun tersebut ibarat "cuba menangkap segelintir pencuri yang ada bersama dalam himpunan tersebut".

Selain itu beliau mempersoal, jika perhimpunan itu satu bantahan, kepada siapa ianya dituju, dan apakah kesannya.

"Satu himpunan besar dikerah bagi menangani gejala murtad yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kepada siapa ditujukan sekiranya ia adalah bantahan? Apakah pendekatan dan uslub yang akan diambil?," soalnya.

"PAS tidak bersedia bangkit laksana keluar beramai-ramai untuk menangkap hanya segelintir pencuri yang berjaya melepaskan diri, dengan cara pencuri berada sama dikalangan orang ramai yang memburunya, sama-sama meneriakkan : Pencuri! Pencuri! Akhirnya pencuri hilang bersama suara laungan yang berkumandang," katanya lagi.

22 Oktober lalu, beberapa NGO Islam mengadakan Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam atas menyelamatkan aqidah umat Islam.

PAS bagaimanapun mengambil sikap tidak terlibat dengan himpunan itu ekoran menghormati penganjur yang tidak mahu melibatkan penyertaan parti politik.


Satu himpunan besar dikerah bagi menangani gejala murtad yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kepada siapa ditujukan sekiranya ia adalah bantahan? Apakah pendekatan dan uslub yang akan diambil? Dua perkara ini perlu dilihat dan difahami sedalam-dalamnya, supaya kerja yang berjenama Islam mengikut landasannya yang sebenar dan menepati kebijaksanaan yang ditunjuk oleh Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Kecintaan kepada Islam adalah wajib, sebagaimana mempertahankannya juga adalah wajib. Perlu difahami bahawa setiap langkah hendaklah berlandaskan mesej yang istiqamah. Bukan sahaja berjaya mempertahankan Islam dan memelihara iman yang ada dalam diri dan penganutnya, dalam masa yang sama berjaya menyampaikan dakwah kepada bukan Islam yang menjadi sasaran dakwah Islamiyyah.

Perlu diambil iktibar, mengapa generasi awal Islam yang menghukum dengan keras terhadap orang Islam yang murtad, dalam masa yang sama menarik orang lain masuk Islam beribu kali ganda tanpa paksaan. Ini kerana Islam mengharamkan paksaan terhadap penganut agama lain. Mengapa pula dizaman kita ini diwarwarkan ramai yang murtad sehingga membimbangkan dan diberitakan terlalu berkurangan orang yang berminat kepada Islam. Kalau ada sekalipun kelihatan berkeliaran menunjukkan lesen mengemis daripada Jabatan Agama. Sedangkan dizaman keemasan pemerintahan Islam, orang yang baru menganut Islam boleh memegang jawatan tinggi dalam negara dan ada yang menjadi ketua negara. Malah ada yang menjadi ulama dan ilmuan terbilang yang membina Hadarah Islamiyyah (Tamadun Islam) bukan Islam Hadari yang sudah hampir lenyap suaranya.

Satu masa yang masih dekat berlalunya, ada seorang hamba Allah berjawatan Mufti, mewarwarkan ribuan orang melayu menjadi murtad dan masuk agama kristian dan hindu. Sehingga ada orang yang dipanggil polis dan mufti itu juga dipanggil polis untuk disoal siasat. Namun beritanya hilang entah ke mana, entah diletak dibawah karpet atau di mana failnya. Wallahu’alam, terserah kepada pihak yang berkenaan sama ada ia berita benar atau provokasi yang sengaja dicetuskan.

Media Islam antarabangsa melaporkan perkembangan pesat Islam di Eropah, Amerika, Asia Tengah dan Afrika. Di England sahaja mereka yang baru masuk Islam mencecah setengah juta orang dalam masa terdekat yang kebanyakannya kalangan terpelajar. Tiba-tiba masyarakat Islam di-Malaysia dilanda taufan murtad.

Kesalahan Murtad dimasukkan dalam perundangan Islam, dalam bahagian hukum jenayah berat. Adapun pendekatannya ditujukan kepada penganut Islam sahaja, tanpa disasarkan kepada penganut agama lain yang berada dalam masyarakat majmuk bersama masyarakat Islam. Orang Islam sendiri yang disalahkan sekiranya berlaku murtad, sama ada individu yang murtad atau kerajaan yang lemah dengan pegangan Islamnya dan tidak adil terhadap rakyatnya kerana tidak beramal dengan hukum-hukum Islam dan akhlaknya yang mulia. Ada pun kalangan bukan Islam diajak berdailog secara ilmiah dan dibuktikan beramal dengan akhlak Islam dan hukumnya yang adil. Inilah nas Al Quran dan Hadith.

Para ulama sqidah dan Syariat menyatakan kepada umat Islam secara fardu Ain, bahawa batas-batas Iman dan Kufur, serta menegaskan takrif murtad apabila seseorang itu melakukan apa sahaja yang ,membatalkan Iman dan Islamnya atau membatalkan dua kalimah Syahadah secara ilmu dan yakin tanpa paksaan. Murtad itu bukan sahaja menganut agama yang lain daripada Islam, tetapi murtad juga berlaku walaupun tidak menganut apa-apa agama, atau menganut sebahagian ajaran Islam sahaja, iaitu dengan tidak percaya kepada mana-mana ajaran Islam atau menghinanya, sama ada perkara rukun atau wajib dan sunat atau halal dan haram. atau harus. Murtad juga boleh berlaku dengan mempersenda-sendakannya secara ucapan, tulisan, kartun, lakunan drama dan sebagainya.

Adakah umat Islam hari ini diajar batas-batas Iman dan kufur dan perkara –perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah? Atau sekadar mempelajari batal sembahayang puasa sahaja. Ini menunjukkan kejahilan boleh menempah murtad walau pun boleh dimaafkan kerana kejahilannya.

Rasulullah S.A.W. mengajar bangsa dan keluarganya batas sempadan diantara iman dan kufur, dan sempadan kasih kepada Islam, bangsa dan keluarga. Walaupun semuanya wajib dicintai. Tetapi aqidah Islam asas kepada selamatnya keluarga dan bangsa. Sehingga kaumnya menyedari bahawa selamatnya arab dengan Islam, bukan selamat Islam dengan arab, sehingga melahirkan bangsa arab yang berpegang dengan Islam tidak berlaku zalim terhadap kaum lain. Slogan ‘Selamat Melayu Maka Selamat Islam’ menandakan masih kabur kefahaman terhadap batas-batas iman dan kufur.

Seluruh kajian orentalis yang dicatatkan menegaskan terlalu sedikit mereka mencapai kejayaan memurtadkan orang Islam sepanjang zaman penjajah, hanya segelintir sahaja penganut Islam yang berjaya dimurtad meninggalkan agama Islam. Maka dirancang melalui serangan pemikiran untuk memurtadkan umat Islam daripada mana-mana ajaran Islam melalui pendidikan, media dan budaya nafsu yang melalaikan. Bukan melalui cara meninggalkan agama Islam dan masuk agama lain, tetapi melakukan kesalahan murtad dalam keadaan masih merasakan dirinya menganut Islam.

Apabila munculnya Kamal Atarturk yang dianggap bapa Turki Moden, dengan melaksanakan sekulerisme yang memisahkan politik daripada agama Islam saperti yang dimaktubkan dalam kitab Injil Mathew, tampil dengan gagah berani seorang tokoh besar Ulama Turki Shaikh Mustafa Sobri, yang pernah menjadi Shaikhul Islam kepada kerajaan Othmaniyyah. Beliau menegaskan dalam buku yang dikarangnya : “Bahawa teori sekulerisme yang memisahkan politik (urusan pemerintahan negara daripada agama Islam) adalah jalan pintas paling terdekat menuju kearah murtad. Fatwa ini dikuatkan oleh Al Marhum Mufti Arab Saudi Shaikh Abdul Aziz bin Baz dan Pengerusi Persatuan Ulama Antarabangsa Dr Yusuf Al Qardawi yang diberi tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia.

PAS ingin mengambil contoh para Sahabat R.A. dan generasi awal umat Islam yang meneruskan perjalanan dakwah Rasulullah S.A.W. dalam menghadapi peristiwa murtad yang paling mencabar dalam seluruh sejarah Islam, dengan kejayaan mengambalikan semula ratusan ribu mereka yang murtad kepada Islam dan ramai kalangan selepas murtad berjaya menegakkan Islam sehingga menumbangkan kuasa besar Parsi yang zalim.

PAS tidak bersedia bangkit laksana keluar beramai-ramai untuk menangkap hanya segelintir pencuri yang berjaya melepaskan diri, dengan cara pencuri berada sama dikalangan orang ramai yang memburunya, sama-sama meneriakkan : Pencuri! Pencuri! Akhirnya pencuri hilang bersama suara laungan yang berkumandang.

PAS tetap mengambil kira jasa Al Marhum Tunku Abdul Rahaman yang menubuhkan Perkim dan berjaya mengIslamkan tokoh-tokoh besar dizamannya tanpa huru-hara, dan memerhati kalangan mereka yang gagal meneruskan perjuangannya dan Perkim hilang entah dimana. PAS juga mengambil kira kejayaan Al Marhum Tun Datu Mustafa yang berjaya mengIslamkan ribuan rakyat Sabah dengan pertubuhan USIA nya, dan memerhati mereka yang lupakan tugas dakwah susulan kerana ditindih oleh kayu-kayu balak di Sabah dan Serawak .

PAS memilih uslub menyampaikan mesej Islam dengan konsep yang ditunjukkan oleh Al Quran dan Rasulullah S.A.W. dengan cara memantapkan aqidah umat Islam sendiri secara istiqamah yang menghalang murtad dengan ilmu dan syariat yang tegas dan adil, menghukum penganut Islam, dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan dengan uslub hiwar antara agama dan tamadun, serta berhujah dengan ilmu dan amal Islam yang adil dan sempurna.

Debat: Mengapa Najib enggan sahut cabaran Anwar


KUALA LUMPUR 27 Okt: Keengganan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin kerana bimbang rakyat akan mengetahui belanjawan Pakatan Rakyat jauh lebih baik.

KeadilanDaily melaporkan, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin (gambar) berkata, seperti mana dalam perdebatan harga minyak antara Anwar dan bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, rakyat akhirnya mengetahui fakta sebenar.

“Selepas perdebatan Anwar-Shabery, akhirnya rakyat mengetahui bahawa harga minyak di Malaysia memang boleh diturunkan sekaligus membidas dakwaan Umno BN kononnya jika harga diturunkan negara ini akan bankrap.

“Begitu juga jika Najib berdebat dengan Anwar, beliau mungkin ‘demam’ selepas itu,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Shamsul memberi contoh bagaimana Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 misalnya membuktikan betapa teruknya pentadbiran Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata pelbagai Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) sepakat dan bersetuju agar perdebatan antara Najib dan Anwar harus diadakan segera supaya rakyat boleh membuat pertimbangan.

Katanya, beberapa NGO yang terdiri dari pelbagai latar belakang seperti mahasiswa, pertubuhan Islam dan gerakan anak muda akan terus membuat desakan tersebut.

“Mesyuarat antara NGO itu juga bersetuju untuk menghantar memorandum khas secara terus kepada pejabat Datuk Najib dalam masa terdekat.

“Memorandum itu juga adalah susulan surat jemputan yang sudah pun diserahkan Akademi Pak Sako sebelum ini,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Pada 17 Oktober lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012 ekoran kritikan Najib terhadap Belanjawan Pakatan Rakyat kononnya tidak memahami kehendak rakyat.

Anwar berkata, debat itu harus diadakan segera dan secara terbuka kerana perbahasan belanjawan di Parlimen tidak mendapat liputan meluas.

Friday, October 14, 2011

Siapa Kami Untuk Berkata "Tunggu"?


Korang Jangan Salah Faham Lak.. Ni Bukan Akhbar Utusan.. Ni Akhbar Brunei... Ni Pulak Bukan Sultan Di Malaysia, Tapi Ini Adalah Sultan Brunei... Sultan Yang Memerintah Umat Islam Di Brunei & Mahukan Brunei Memulakan Hukum Allah S.W.T.. Lihatlah Akhbar Brunei Yang Menceritakan Pada Rakyatnya Betapa Indahnya Hukum Allah S.W.T. Tidak Seperti Akhbar Pencacai Kita Yang Memburuk-Burukkan Hukum Islam & Menakut-Nakutkan Rakyat Mengenai Perlaksanaan Hukum Islam.
by: Kami Boikot Buletin Utama TV3

Thursday, October 13, 2011

Ribuan para graduan bangkit menentang Muhyiddin dan BN


"Guru : Terjamin atau tiada masa depan? BEBERAPA kajian luar negara mendapati faktor pemilihan kerjaya perguruan boleh dikategorikan kepada dua, iaitu intrinsik dan ekstrinsik.

Salah satu faktor instrinsik yang dikenal pasti ialah ingin berbakti kepada negara dan bangsa (Chuen et.al. 1999), suasana kerja yang menyeronokkan (Brown 1992) dan untuk memanfaatkan ilmu pengetahuan serta berpeluang melanjutkan pelajaran (Thomas 1984).

Mengikut kajian Yong (1994), Chuen et al. (1999) dan Yee (1990) faktor ekstrinsik seperti jaminan kerja, gaji dan prospek masa depan serta peluang kenaikan pangkat ditemui dalam kajian tentang pemilihan kerjaya perguruan di kalangan guru sekolah. Penulis ingin memfokuskan kepada faktor jaminan kerja sebagai antara punca tarikan pelajar lepasan SPM, STPM, matrikulasi, diploma mahupun ijazah untuk menjadikan bidang pendidikan dan profession keguruan sebagai pilihan utama dalam kerjaya.

Apabila Kerajaan mengumumkan penghapusan jaminan penempatan guru pelatih dan peralihan kepada ‘Sistem Terbuka dalam Latihan Guru’ dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), penulis tertanya-tanya di manakah rasionalnya?

Sedangkan di antara intipati RMK-10 ialah menjadikan profession keguruan sebagai pilihan utama dalam kalangan siswazah cemerlang. Sekiranya tiada lagi jaminan penempatan guru bagaimana mungkin dasar ini dapat menarik minat golongan sasaran tersebut.

Disini penulis ingin lontarkan persoalan yang perlu diperjelaskan secara terperinci oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Apakah dengan mengubah dasar daripada jaminan penempatan guru pelatih kepada sistem terbuka dalam latihan guru ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan daya tarikan keguruan dan meningkatkan kualiti guru baru secara signifikan seperti yang dinyatakan di dalam RMK-10?

Bagaimana pula dengan masa depan bakal-bakal guru di seluruh IPTA dan IPTS pada masa akan datang? Kebelakangan ini kedengaran rintihan dan keluhan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di seluruh IPTA dan IPTS negara mengenai masalah penempatan mereka.

Persoalan timbul mengenai status sebenar graduan ISMP berikutan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Menteri Pelajaran bahawa penambahan jawatan baru dibekukan bagi mengurangkan defisit negara.

"Defisit kita boleh uruskan dan kita telah tunjukkan kita telah dapat kurangkan. Bermakna itu tidak harus jadi satu perkara yang membimbangkan. Tapi ada langkah dibuat untuk mengurangkan (defisit), umpamanya penambahan jawatan baru dibekukan."- Sumber: Malaysiakini

Penulis berpendapat tindakan kerajaan membekukan jawatan baru melibatkan juga pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah sehingga 31 Ogos 2011 dan dilanjutkan pula ke 31 Disember 2011 perlu dikaji semula. Ini kerana bilangan guru di sekolah rendah dan menengah sentiasa tidak mencukupi setiap tahun.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr Zakariah Kasa pernah berkata sememangnya negara kita masih mengalami masalah kekurangan guru walaupun setiap tahun pengambilan pelajar di IPTA atau IPG dilakukan. Menurutnya, pengambilan pelajar dalam bidang perguruan berdasarkan unjuran yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran.

"Untuk bakal guru di sekolah menengah, mengikut unjuran kementerian, seramai 4,500 pelajar akan mengisi kekosongan di seluruh IPTA tahun ini."Daripada jumlah itu, UPSI akan menerima 2,500 pelajar dan semuanya akan mengisi kekosongan jawatan guru untuk empat tahun akan datang," katanya. Sumber: Harian Metro

Selain itu Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi juga telah mengumumkan penyerapan lebih 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). “Mereka akan dilantik semula mengikut syarat seperti usia tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan sudah berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut sebagai GSTT” Sumber: Berita Harian

Tindakan KPM mengutamakan GSTT yang hanya berpengalaman mengajar selama 3 tahun mengisi jawatan kekosongan guru di seluruh negara, pada pandangan penulis adalah kurang tepat sedangkan graduan ISMP yang menuntut ilmu perguruan selama 4 tahun di IPTA dan IPTS diabaikan dan tiada jaminan .

Mengikut maklumat terkini KPM bertarikh 15 September 2011, KPM telah melantik semula 6,280 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) manakala seramai 4,433 dikenal pasti tidak memenuhi syarat dan seramai 7,258 orang lagi masih menerima surat perlantikan semula sehingga akhir Julai lalu.

Kementerian juga dalam proses untuk menyerap guru GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC). Masalah timbul apabila GSTT diserap melalui KDC. Sekiranya kita rujuk kembali Akta Pendidikan 1996, GSTT diberi kebenaran untuk mengajar di sekolah melalui peruntukan kuasa Ketua Pendaftar.

Sila rujuk Bahagian IX Pendaftaran Guru, Bab 2 - Permit Mengajar, di bawah seksyen 114. Pengeluaran permit mengajar. (c) seseorang yang diperlukan untuk bertindak sebagai guru untuk sementara. Apabila GSTT diserap ke jawatan KDC penulis berpendapat bahawa tindakan tersebut menyalahi kuasa Ketua Pendaftar kerana seksyen 114 (c) menyebut secara jelas bahawa pengeluaran permit mengajar hanya untuk sementara.

GSTT yang diserap ke jawatan tetap melalui KDC masih belum lagi mempunyai kelayakan untuk mengajar tetapi boleh berdaftar sebagai guru. Ini jelas bercanggah dengan peruntukkan kuasa Ketua Pendaftar yang berhak untuk enggan mendaftarkan seseorang sebagai guru sekiranya tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar atau mempunyai kelayakan yang pada pendapat Ketua Pendaftar tidak mencukupi bagi maksud itu.

Sila rujuk Bahagian IX Pendaftaran Guru, Bab 1 Pendaftaran Guru di bawah seksyen 106 (b). Terdapat isu graduan ISMP di IPTS yang tidak diterima permohonan untuk perlantikan guru sektor awam. Sekiranya kita lihat kembali antara intipati Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pendidikan.

EPP 4: Mengembangkan Latihan Guru Swasta Unjuran masa kini menunjukkan bahawa institusi awam tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk memenuhi permintaan guru baru setiap tahun. Daripada melabur dengan banyaknya untuk menambah kapasiti di Institut Pendidikan Guru (IPG), NKRA Makmal Kualiti Guru meluluskan liberalisasi pasaran untuk memasukkan pengusaha swasta bagi mempertingkatkan persaingan.

Oleh itu, EPP ini telah direka bentuk untuk menyokong pelaksanaan inisiatif ini. Kami akan membenarkan pengusaha swasta menyediakan latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk guru sekolah rendah dan menengah.

Pengusaha swasta akan bertanggungjawab untuk menentukan bidang subjek khusus mereka (contohnya, Bahasa Inggeris atau pendidikan khas), dan jenis model perniagaan yang akan digunakan (contohnya, secara bersemuka, e-pembelajaran, model campuran).

Bagaimanapun, mereka mesti mematuhi standard kualiti seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan MQA untuk latihan guru dan mesti mencari sumber pelaburan modal dan kakitangan sendiri. Bagi pihak Kementerian Pendidikan, kami akan membuka ruang untuk pelantikan guru sektor awam dari kalangan graduan institusi-institusi ini (IPTS), tidak kira jika mereka ditaja oleh kami ataupun tidak.

Di sini secara jelas dasar KPM untuk mengembangkan latihan guru swata dalam NKEA Pendidikan bagi memenuhi permintaan guru baru setiap tahun. Oleh itu isu ini sepatutnya tidak timbul. Kita lihat sistem pendidikan di negara maju seperti Jepun yang berhasil merombak dan memajukan minda masyarakatnya melalui pendidikan dengan mengambil beberapa langkah progresif.

Antaranya ialah kerjaya guru diberi perhatian serius oleh Kerajaan Jepun dengan menjamin dan mempercepatkan penempatan bakal-bakal guru bagi mengelakkan masalah kekurangan tenaga pengajar. Rujuk kembali kajian bertajuk The InstitutionS of Education: A Comparative Study of Educational Development in the Six Core Nations by William K. Cummings (2003).

Sewajarnya KPM yang diperuntukkan sejumlah dana yang begitu besar untuk sektor pendidikan iaitu RM50.2 bilion melalui Belanjawan Negara 2012 yang lepas, menyelesaikan segera isu penempatan lebih 7,000 graduan ISMP. Penulis percaya isu ini boleh dipercepatkan sekiranya digunakan tidak sampai satu peratus pun daripada dana pendidikan tersebut bagi membiayai kos penempatan bakal guru.

Penempatan segera graduan ISMP bukanlah satu pilihan akan tetapi ianya satu keperluan yang mendesak berikutan bebanan tugas guru-guru senior akibat kekurangan guru di seluruh negara Graduan ISMP UPSI

RM83.88 juta dibazirkan untuk naik imej Umno BN

KUALA LUMPUR, 12 Okt: RM83.88 juta yang dibazirkan untuk mempromosikan imej kerajaan Umno boleh digunakan untuk memajukan lebih 600 pelajar terpilih Melayu dalam masa lima tahun, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Untuk naikkan imej kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) di luar negara, wang rakyat lebih RM80 juta dibayar kepada syarikat perunding FBC Media.

"Ini satu lagi bukti pembohongan Umno kononnya berkhidmat untuk orang Melayu kerana RM80 juta itu boleh digunakan untuk membina sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak Melayu yang masih ketinggalan dari segi pencapaian dalam bidang pelajaran," katanya.

Menurut Mohamad, dengan anggaran paling konservatif sekalipun, jika sebuah MRSM mengambil 100 hingga 125 orang pelajar setiap tahun, dalam masa lima tahun ia boleh menampung antara 500 hingga 625 pelajar Melayu yang terpilih.

"Kecuali sejumlah kecil, pelajar-pelajar terpilih rata-ratanya mampu melanjutkan pelajaran sehingga ke institusi pengajian tinggi.

"Ia dengan sendirinya bermakna dengan belanja RM80 juta untuk membina sebuah MRSM sahaja, setiap tahun sehingga beratus-ratus orang mencapai tahap kelas menengah Melayu yang dengan sendiri mengubah nasib bangsa," kata beliau.

Mohamad berkata, apabila sejumlah wang yang mampu membina institusi yang boleh mengubah nasib rakyat itu diboroskan kononnya untuk menaikkan imej kerajaan Umno BN, ia hakikatnya adalah pengkhianatan terhadap para pelajar yang memerlukan peruntukan itu untuk kepentingan pelajaran mereka.

"Saya ambil MRSM sebagai contoh sebab setiap hari Umno terpekik-pekik membohongi semua orang kononnya ia membela Melayu.

"Lebih dari itu, selama ini, peluang pelajaranlah yang banyak mengubah nasib orang-orang Melayu," kata beliau.

Beliau juga mempertikaikan apa perlunya wang yang begitu besar dibelanjakan jika kerajaan Umno BN mempunyai imej yang dihormati, baik dan bersih.

"Kalau benar kerajaan Umno BN cerdik, baik, bersih dan adil, tak perlu bayar duit pun ia pasti akan menjadi sebutan media-media seluruh dunia, ia pasti akan disebut-sebut di mana-mana pun sebagai contoh kerajaan yang mempunyai sifat-sifat sedemikian.

"Pelabur tertarik, pelancong tertarik, semua pihak tertarik kalau benar kerajaan Umno BN cerdik, baik, bersih dan adil," kata Mohamad.

Isnin lalu, Dewan Rakyat diberitahu bahawa kerajaan telah membayar sejumlah 19.6 juta Euro (RM83.88 juta) kepada syarikat perunding, FBC Media yang kini disiasat oleh pengawal media Britain atas dakwaan melanggar etika media.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, kontrak itu adalah untuk FBC Media menyedikan khidmat rundingan, nasihat serta pengurusan kempen komunikasi kepada kerajaan.

“Kontrak selama setahun itu telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada tahun 2010. Nilai kontrak untuk tiga tahun itu ialah Euro 19.6 juta,” kata Najib.

Najib dicabar dedah RM10.1 juta kos lawatan


KUALA LUMPUR, 12 Okt: PKR mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan butiran terperinci perbelanjaan lawatan beliau ke luar negara yang mencecah RM10.1 juta setakat tahun ini.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution (gambar) berkata, sebanyak RM9.1 juta dihabiskan untuk kos penyewaan pesawat bagi lawatan Najib dan isterinya ke luar negara, diikuti lawatan ke Kezakhstan yang melebihi RM1 juta.

“Perbelanjaan ini melampau dan kalau betul Najib telus, saya mencabar beliau membentangkan setiap perincian butiran perbelanjaan,”

“Tanggungjawab Najib ialah untuk memberikan semua maklumat dalam persidangan parlimen agar Pakatan Rakyat boleh memeriksa setiap sen yang digunakan,” kata Saifuddin, lapor KeadilanDaily.

Menurut Saifuddin, jumlah perbelanjaan lawatan tersebut lebih tinggi berbanding tempoh tiga tahun lalu yang mencecah kos keseluruhan sebanyak RM17 juta.

“Ini adalah bukti nyata Najib terus mengamalkan cara hidup mewah dan tak prihatin terhadap penderitaan rakyat di bawah,” katanya.

Ahli Parlimen Machang itu juga turut menggesa agar ciri lawatan berkenaan dikaji semula memandangkan lawatan singkat Najib Ke Kazakhstan misalnya, menelan kos yang tinggi.

“(Ia) perlu kaji semula dan pengurangan boleh dibuat melalui pengurangan anggota (rombongan) yang menyertai lawatan,” katanya.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah memberitahu Dewan Rakyat kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang melibatkan jumlah RM9.1.

Semalam, Kementerian Luar Negara pula mendedahkan RM1,072,213.22 dibelanjakan oleh perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam di Kazakhstan.

Pada Jun lalu, Dewan Rakyat diberitahu dari tahun 2008 hingga 2011, sejumlah RM17,118,650.58 digunakan bagi perbelanjaan lawatan rasmi PM bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam jawapan tersebut, Najib dan Rosmah membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.

Resort didakwa kumpul pendatang dapat IC dikepung

SEPANG, 12 Okt: PAS hari ini berjaya mengesan satu operasi yang disyaki cuba memberikan warganegara kepada lebih 200 penduduk tetap (PR) di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.

Kesemua yang majoritinya warga Indonesia itu didakwa dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa (gambar) berkata pihaknya mendapat maklumat daripada perisikan jentera PAS berhubung perkara itu malam tadi yang mengatakan lapan buah bas membawa warga asing akan menuju ke Putrajaya untuk diberi MyKad.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS bersama beberapa anggota dewan itu kemudiannya menunggu bas-bas tersebut yang tiba di Masjid Putra, Putrajaya kira-kira jam 7 pagi.

Bagaimanapun hanya enam buah bas didapati tiba di Putrajaya yang didapati beredar beberapa jam kemudian.

Kepung resort

Mereka mengekori bas-bas tersebut sehingga ke sebuah resort di sini.

Bas-bas berkenaan bagaimanapun beredar dari situ, dan meninggalkan kumpulan penumpang tersebut di resort berkenaan.

Petugas media yang kemudiannya tiba di situ kira-kira jam 1.30 tengahari juga sempat melihat sebuah kereta Proton Tiara dipercayai membawa 'ketua operasi' itu memecut laju keluar dari resort melalui jalan belakang.

"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.

"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.

Ekoran itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.


Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

Sumber dalaman

Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.

"Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.

"Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya.

Menurut Mazlan lagi, beliau juga dimaklumkan sewaktu bas berhenti di Masjid Putra, beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara menemui ketua rombongan bas tersebut dan mengarahkan mereka ke sebuah resort di kawasan berdekatan ekoran rahsia operasi mereka didakwa sudah diketahui.

"Saya difahamkan ini trip ke sepuluh untuk operasi ini.

"Modus operandi mereka adalah untuk mengalahkan Pakatan Rakyat Selangor," tambahnya.

Dalam pada itu satu sidang media khas berhubung perkara itu akan diadakan di Parlimen esok.

Cari dana bola sepak daripada GLC


KUALA LUMPUR, 12 Okt: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) menyarankan kerajaan mencari dana daripada syarikat GLC untuk mengatasi masalah kekurangan dana bola sepak.

"Hari ini bola sepak negeri dan kelab menanggung kos begitu tinggi kalau nak dibandingkan pencapaian bola sepak tempatan, contohnya Liga Super hanya dapat RM500 ribu sedangkan kos yang ditanggung RM4 juta hingga RM5 juta menyebabkan pihak swasta tak berminat buat pelaburan dalam bola sepak tempatan.

"Kita minta FAM boleh cari dana khas seperti daripada GLC untuk beri penajaan utama," katanya yang juga AJK Pemuda PAS Pusat.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan cadangan ahli Parlimen Bayan Baru, Mohamad Zahrain Hashim agar kerajaan menggunakan cukai rokok dan arak untuk membiayai sukan bola sepak sebagai cadangan terkebelakang.

Firdaus yang juga Timbalan Presiden Bola Sepak Melayu Kedah berkata, kerajaan tidak perlu menerima cadangan tersebut kerana mereka pernah menjalankan kempen ‘katakan tak nak kepada rokok’ dan ‘remaja sihat tanpa rokok’.

"Cadangan itu tidak perlu diterima kerajaan Malaysia kerana FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) telah menolak penajaan utama Dunhill yang ingin memberikan RM40 juta setahun disebabkan kempen katakan tak nak pada rokok dan remaja sihat tanpa rokok.

"Ini cadangan yang patah ke belakang, seolah-olah rokok dan arak sahaja boleh semarakkan bola sepak tempatan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Firdaus berkata, Zahrain mungkin memikirkan masalah bola sepak di negerinya memandangkan beliau merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

Namun katanya, semua negeri mempunyai masalah kekurangan dana untuk sukan popular itu.

"Sebenarnya semua negeri berhadapan situasi yang sama cuma saya tak bersetuju untuk menjadikan hasil arak dan rokok untuk perbelanjaan bola sepak.

"Kita kena ingat budaya kita dan kita telah berjaya memisahkan rokok dengan penajaan sukan negara kita," katanya.

Zahrain pada sidang media sebelum itu meminta kerajaan menggunakan kutipan cukai rokok dan arak untuk meningkatkan pendapatan sukan tersebut.

Tuesday, October 11, 2011

Najib dan Kaitan Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia

(Artikel dari Facebook)
Perancangan Kerajaan BN untuk membina lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia diyakini akan memberikan keuntungan kepada kroni-kroni para pemimpin Umno BN, tetapi akan menimbulkan lebih banyak masalah bagi ekonomi bumiputra, terutama pengusaha-pengusaha kedai runcit di kampung-kampung.

Peruntukan melibatkan jumlah kewangan cukup besar sehingga RM40 juta seperti yang dinyatakan dalam Bejet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri 7 Oktober lalu, tetapi ia tetap tidak akan dapat dinikmati oleh keseluruhan rakyat.

Bukan niat sengaja mempersoalkan tindakan kerajaan mahu memberi bantuan melalui subsidi barangan secara terus di kedai-kedai runcit serta cara Perdana Menteri menggunakan wang rakyat untuk terus mempromosikan jenama 1Malaysianya, sekiranya rakyat mendapat manfaat.

Namun kenapa hanya satu pihak dan pengusaha iaitu "MYDIN" yang dipilih untuk mendapat bantuan subsidi terus itu, sedangkan pembinaan lebih banyak kedai sebegitu akan mematikan kedai-kedai runcit rakyat terbanyak di seluruh Malaysia?

Apakah kerajaan tidak boleh mencari sebuah kedai runcit yang maju dan berdaya saing di setiap daerah yang ingin dibantu agar bantuan tersebut akan memberi lebih manfaat kepada lebih ramai pengusaha kedai runcit, bukannya membantu melebarkan sayap pengusaha sebuah pasaraya besar yang akan mematikan pengusaha kecil di kampung-kampung.

Sudahlah selama ini mereka terpaksa bersaing dengan pasaraya besar, kini kedai runcit pun mahu dibolot dan diberi bantuan terus oleh kerajaan.
bukan kah Bajet 2012 Kerajaan BN itu tidak lebih dari senarai hadiah-hadiah kepada kroni dan golongan berkepentingan.

Ratusan billion ringgit akan dibelanjakan oleh Kerajaan BN semata-mata kerana kroni akan diterus didahulukan, projek-projek diberi keutamaan, kemudian sisa bakinya barulah diagihkan kepada rakyat.

Perdana Menteri juga tidak segan silu mengumumkan projek-projek yang bermasalah kerana diberikan kepada kroni seolah-olah ia projek baru demi kesejahteraan rakyat.

Peruntukan projek pembangunan di bawah RMK10 bagi tahun 2012 berjumlah RM49.2 billion, contohnya melibatkan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala Terengganu yang tidak siap-siap dan telah pun menelan belanja yang tinggi, akibat pembabitan pihak-pihak yang berkepentingan, sedangkan fasa yang dibina oleh MTD di antara Sungai Besi ke Ajil telah pun dibuka.

Bajet 2012 itu menzahirkan ketagihan BN kepada rasuah dan penyelewengan kerana tidak terdapat tanda-tanda ketagihan itu akan reda, memandangkan pelbagai pengumuman yang dibuat jelas akan menguntungkan pihak-pihak berkepentingan semata-mata.

Cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holding yang merupakan mercu tanda dan harta rakyat yang sensitif langsung tidak dibahaskan terlebih dahulu di Dewan Rakyat, sebelum dipertimbangkan untuk dibawa masuk ke dalam Bajet 2012.

Bukanlah menentang sebarang usaha untuk mengembangkan saiz pasaran saham dan menarik pelabur asing ke Bursa Malaysia, tetapi persoalan yang membabitkan institusi Melayu (Bumiputra) dan harta rakyat yang dibina oleh 3 generasi rakyat Malaysia ini perlukan perdebatan ikhlas dan ilmiah di dewan ini terlebih dahulu.

Perdana Menteri seharusnya mengambil kira risiko kewangan dan pasaran yang akan mendedahkan Felda kepada susut nilai pasaran mirip kepada nasib yang sedang menimpa MAS, sekiranya penyenaraian itu tidak disertakan dengan tata kelola yang baik, pengurusan yang telus dan bebas dari campur tangan politik dan diperkuatkan dengan segala langkah mengelakkan manipulasi pasaran dan spekulasi.

Harga pasaran saham MAS telah susut sehinggakan harga semasanya hanyalah sekitar 37 peratus berbanding harganya sekitar tahun 1993 hingga 1995.

Walaupun asetnya besar dan saiz operasinya berlipat kali ganda berbanding AirAsia, harga sahamnya turun naik dan sekarang ini hanyalah 50 peratus dari harga saham AirAsia.

Kerajaan harus berwaspada supaya nasib yang sama tidak menimpa Felda, dengan membahaskan terlebih dahulu di Dewan Rakyat bagi membuat keputusan yang besar itu agar prasyarat berhubung kemantapan pengurusan, amalan tata kelola baik yang ketat dan nilai tambah dapat diambil kira.

Janganlah kerajaan mengulangi kesilapan dalam penggabungan tiga gergasi perladangan iaitu Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope yang disandarkan semata-mata kepada yuran rundingan dan laba yang bakal diperolehi oleh para perantara (broker) dan penasihat termasuklah CIMB yang rapat dengan Perdana Menteri.

Menyentuh tentang pengumuman Perdana Menteri bagi pembinaan projek-projek melalui kaedah perkongsian awam dan swasta (PPP) termasuklah pembinaan hospital wanita dan kanak-kanak melibatkan perbelanjaan RM700 juta, Kerajaan diingatkan agar bertindak dengan penuh tanggungjawab.

Ingatan diberi supaya projek ini dilaksanakan dengan penuh ketelusan dan bertata kelola termasuklah dengan memastikan ia menggunakan bidaan terbuka, supaya harganya berpatutan kerana kita faham bila sahaja dipanggil perkongsian awam dan swasta, maknanya perkongsiannya begini: untung dikaut oleh swasta, kerugian dan kos ditanggung oleh awam dan rakyat. DSAI

Zizan telefon Ustaz Azhar Idrus

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus berkata, kontroversi satu dialog dalam filem Hantu Bonceng tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja.

“Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa,” ujarnya sebagaimana yang dipetik daripada kuliah beliau yang disiarkan di dalam blog di bawah tajuk Zizan telefon Ust Azhar Idrus rujuk isu Hantu Bonceng.

Penulis blog itu menyatakan, menurut Ustaz Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan ‘Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan’ di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh.

Berikut ialah petikan daripada blog tersebut.

Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan ‘Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan’ di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan ‘private number’ untuk merujuk permasalahan ini.

“Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata ‘Asyhaduanna Muhammadarr’ lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN” kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap “Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr…..Syaitan! Syaitan!.”

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

“Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH” tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

“Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah.” rumus Ust Azhar Idrus.

Harakahdaily

Sunday, October 9, 2011

Kalau kalah pru Najib jangan bunuh diri sudah la

Ramai penyokong BN yang pakat rasa seronok tentang bajet 2012 yang dibentangkan PM Najib di Dewan Rakyat .Tambah -tambah Menteri yang kalah di parlimen Lembah Pantai Shahrizat Abdul Jalil yang saya tengok ghenyeh , senyum sampai telinga bodek Najib kata baguih sangat la bajet 2012.

Bajet yang dibentangkan Najib untuk dibelanjakan bernilai RM232.8 bilion sementara bajet PR yang dibentangkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berjumlah RM220 Bilion.Sapa yang betoi nak tolong rakyat hanya rakyat sendiri yang berhak menilainya.

Tun Mahathir ketika mengulas bajet yang dibentangkan Anwar yang berjumlah RM220 bilion tu berkata secara perli"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011
"Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya.

Habis bajet Najib-Rosmah ni kira baguih la?Ramai orang tak percaya dengan bajet yang dibentangkan Najib.Depa kata kerajaan nak korek dari lubang mana nak belanja banyak tu .Yang makan gaji dengan kerajaan rasa seronok sebab gaji naik 7%-13%.Yang kerja sendiri dan swasta tak rasa apa pun .Rasa barang naik ada la.

Najib pula sembang deras dengan berkata sanggup bunuh diri dalam politik kalau apa yang dibentangkannya dalam bajet 2012 tu tak jadi kenyataan.“Kalau tak ada duit tak kan saya berani bentang semalam. Saya akan melakukan satu perbuatan membunuh diri dari segi politik kalau saya buat, saya bentang satu bajet yang tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya ketika ditanya sama ada kerajaan mampu melaksanakan Bajet 2012.

PR dah perintah di 4 negeri .Rakyat dapat nilai apa yang kerajaan PR buat untuk rakyat sejak 2008 hingga sekarang.Di Selangor macam-macam skim diwujudkan untuk tolong rakyat .Ada yang nampak dan ada yang buat-buat tak nampak .Ada orang kata kat saya "Bajet Najib ni bajet teksi. Lepas pru 13 kalau BN kalah semua menteri BN pakat bawa teksi."Saya kata, "bawa teksi tak pa lagi jangan ada yang sampai bunuh diri sudah la."

Bajet sapa pun semua belanja duit rakyat bukan belanja duit BN atau duit PR.Bajet sapa pun kalau dengar semua bagus .tapi pelaksanaannya macam mana?Kalau nilai buat jalan anggaran RM10 juta tapi top up untuk kroni jadi nilai RM20 juta ,bagus ka?

Bagi rakyat yang mahu tukar kerajaan depa tak ingat apa dah.Yang ada dalam kepala hanya satu matlamat iaitu BN mesti ditumbangkan dalam pru 13 akan datang.Di akhir-akhir sisa diktator Mubarak di Mesir beliau cuba buat pembaharuan dalam ekonomi di Mesir tapi rakyat terus bangun tanpa hiraukan segala bentuk perubahan yang dilakukan Mubarak.Akhirnya Mubarak tumbang dan lari ke Laut Merah

Bekas Pengarah Pendidikan Perak masuk PAS, cikgu bila lagi?!


TAIPING, 8 Okt: PAS Negeri Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.

Kedua-dua tokoh itu telah hadir di Program Pelancaran 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning di sini.

Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci.

"Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.


Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.


Bagi Mohamad Imran pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno.
"Perjuangan Umno hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangakan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS.


"Bekas pegawai tinggi TLDM dan bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS?" soalnya ketika melancarkan Program 'Jom Masuk PAS' anjuran Badan Perhubungan PAS Perak.


"Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya Umno. Umno tidak relevan lagi, Umno sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.

Akibat Mohamad Sabu ‘celupar’!!


KUALA LUMPUR, 8 Okt: Setelah mendengar Budget 2012, akibat keceluparan mulut Mat Sabu, para bekas anggota tentera sama ada balu, duda dan sebagainya akan mendapat 'durian runtuh' sebanyak RM3,000 setiap keluarga secara one-off.
Begitulah antara pandangan yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia di dalam beberapa blog selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak petang semalam.
“Itulah jasa Mat Sabu kepada bekas-bekas pejuang yang kalau tak ditimbulkan isu ni, aku confirm depa-depa ni tak merasa duit pampasan ni.
“Dan mereka ini PATUT BERTERIMA KASIH kepada Mat Sabu kerana mengutarakan isu Bukit Kepong dan secara tak langsung nasib mereka terbela,” tulis seorang yang menghantar komen di dalam Tranungkite online yang ditulis perkataan penuh Harakahdaily.
Seorang lagi menulis, Kanang Anak Langkau pun dapat pingat kali kedua baru-baru ini atas jasa sebagai perwira negara, mungkin kebetulan kot atau ada agenda di sebaliknya.
“Bajet kununnya menghargai pejuang...dah 54 tahun baru nak ingat bagi...berapa orang yang dapat...berapa orang yang tak sempat dapat?” satu lagi pandangan yang dilontarkan.
Najib mengumumkan petang semalam bahawa kerajaan akan memberi sumbangan RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka, kesemuanya hampir 62,000 orang untuk membantu meringankan kos sara hidup.
"Mereka yang apabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk berkhidmat, telah menyahutnya tanpa berlengah. Ini termasuklah lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.
"Mereka terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout,” kata Najib.
Komen yang disiarkan melalui Malaysiakini pula, ada pandangan yang mengatakan kerana marahkan Mat Sabu, akhirnya bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat mendapat faedah.
“Di sinilah pentingya Malaysia mempunyai pembangkang yang kuat. So, sebelum marah Mat Sabu, perlu fikir sejenak,” tulisnya.
Pandangan lain pula: Yg tu baru Pakatan sound melalui Mat sabu, kerajaan dah bagi insentif pd bekas anggota pasukan keselamatan. Blom pun kerajaan Pakatan memerintah lagi. Klau betul2 nak terbela nasibnya, undilah Pakatan! Insyaallah x ada siapa yg akan tercicir, semuanya terbela, termasuk bekas anggota pasukan keselamatan...
Antara komen lagi:
“Di sini mat sabu adalah hero. Tanpa dia jangan mimpi la depa nak pandang kat hampa. tu pun jangan, ada lagi yg dok marah kat dia.
“Kepada bekas tentera, balu, duda tu ingat sikit......terima kasih kat Mat Sabu...kalau tak tak merasalah duit tu...”-HD

Friday, October 7, 2011

Misai Merah: Perkasa lari lintang pukang di Rembau

Bergasak lagi di ceramah NS-Malaysiakini

Satu kumpulan yang mendakwa mewakili veteran tentera yang cuba mengadakan protes berhampiran tempat ceramah pembangkang di Rembau, Negeri Sembilan malam ini telah dihalang oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Ianya bermula apabila sekumpulan 200 orang - yang dikenali sebagai Gerakan Memartabatkan pejuang Negara - cuba berarak ke tempat ceramah di Kampung Pulau Bintongan.

Menurut laporan Harian Sinar hari ini, kumpulan itu mahu mengadakan demonstrasi terhadap timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, yang merupakan penceramah utama malam ini.

Tetapi ketika menghampiri tempat itu, mereka berdepan dengan para penyokong Pakatan Rakyat yang cuba menghalang mereka.

Kedengaran salah seorang penyokong Pakatan melaung meminta mereka jangan datang dan membuat kacau di situ.

Kira-kira jam 9.30 malam, suasana menjadi panas dan beberapa individu dari kedua-dua pihak mula bergasak.

Keadaan itu berlaku selama kira-kira 30 minit sebelum ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin berunding dengan kumpulan tersebut.

Kumpulan tersebut tetap bertegas untuk dibenarkan menemui Mohamad bagi menyerahkan nota bantahan mereka.

Akhirnya, penyokong Pakatan bersetuju membenarkan dua wakil kumpulan itu masuk dan menyerahkan nota tersebut.-Malaysiakini

Sementara itu blog http://www.blogger.com/img/blank.gifpulakdah.blogspot.com melaporkan geng Perkasa lari lintang pukang kerana diasak penyokong PR..

Thursday, October 6, 2011

Cincin Rosmah terus hangat selepas dipulangkan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Okt:Isu cincin bernilai RM24 juta yang diposkan kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dikatakan telah dipulangkan terus hangat diperkatakan.

Ini kerana, jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mengesahkan cerita kewujudannya dan kini masing-masing tertanya 'apakah benar ia telah dipulangkan'.

Dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa cincin itu telah dikembalikan beberapa hari kemudian kepada syarikat miliknya.

Kolumnis terkenal Harakahdaily yang juga bekas pemimpin PAS, Haji Subky Latif dalam kolumnya kali ini mengulas panjang mengenai isu ini dari segi lojiknya.

"Menteri Nazri dalam jawapannya kepada soalan mengenainya di Parlimen memberitahu bahawa cincin itu telah dikembalikan kepada syarikat pemunyanya.

"Apabila ia telah dikembalikan kepada sipengirim, bererti pernah dibawa masuk ke negara ini dan dihantar kepada Rosmah di alamatnya.

"Bagaimana ia dibawah masuk telah didedahkan oleh Cikgu Bard. Bagaimana ia dipulangkan tidak pula diketahui," tulis Subky dalam kolumnya di sini.

Penafian



Sebelum ini, apabila ia didedahkan Cikgu Bard (gambar) atau nama penuhnya Badrul Hisham Shahrin, para blogger Umno menghentam balik beliau dan Rosmah pula menafikannya.

Ogos lalu, Perdana Menteri dalam temu bual dengan akhbar Kompas telah menafikan isterinya ada membeli cincin berlian yang nilainya berjuta-juta ringgit.

Akhbar Kompas telah memohon maaf kepada Najib atas laporannya, disiarkan pada 4 Ogos lalu, tetapi misteri kekal mengapa cincin dari Jacob & Co New York dialamatkan kepada Rosmah.

Persoalan timbul sama ada nama Rosmah telah digunakan dengan pengetahuan beliau ataupun sebaliknya oleh elemen-elemen jenayah.

Rosmah dalam satu kenyataan pada akhir Julai lalu telah menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah.

Dalam kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin muncul, Rosmah menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau menegaskan tiada masa mahu melayan perkara itu.

Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.

“Tak ada apa yang saya nak cakap sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (pemblog) saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau.

Gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak penafian isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor sebelum ini bahawa beliau bukan pemilik sebentuk cincin berlian RM24 juta yang diimport dari Amerika Syarikat.

Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin berkata penafian Rosmah tidak boleh diterima kerana ia tidak menangani isu dokumen-dokumen Kastam bersabit cincin itu yang dikemukakan oleh SAMM kepada Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu.

Menurut Badrul, tabiat boros Rosmah akhirnya akan memberi kesan kepada pentadbiran negara yang berada di bawah naungan suaminya sendiri.

Beliau berkata ada bukti jelas dalam rekod kastam menunjukkan kemasukan sebentuk cincin berharga lebih RM24 juta pada 16 April lalu atas nama beliau sebagai penerima.

“Sikap boros dan sombong beliau yang kita lihat banyak sangat menghancurkan negara ini dan kerana itu Rosmah boleh cakap apa sahaja seperti juga Imelda Marcos yang langsung tidak mempedulikan protes dan suara rakyat. Dan akhirnya kehancuran Marcos penyumbang besarnya adalah Imelda,”katanya kepada Tv Selangor.

Badrul berkata, beliau tidak membuat sebarang tuduhan melulu ke atas Rosmah, namun ia bersandarkan kepada bukti yang dibekalkan kepada pihaknya.

“Mengenai cincin ini saya tidak melemparkan sebarang tuduhan cuma saya mengeluarkan pada peringkat awalnya pada 8 Julai beberapa dokumen yang membuktikan ada kemasukan sebentuk cincin belian berharga RM24.45 juta yang dalam nama penerima ada tertera nama Rosmah Bin Mansor.

“Jadi saya bangkitkan dan minta untuk Rosmah atau mana-mana pihak untuk menyatakan kebenaran,”katanya lagi.
HarakahDaily

Berambuslah MCA: Warga internet Cina tampil bela PAS

Lim Hong Siang
KUALA LUMPUR, 6 Okt: Memang sesuatu yang dijangka apabila MCA menggunakan "Hukum Hudud" untuk menyerang Pakatan Rakyat, ketika isu ini kembali semula ke persada politik menjelang PRU ke-13. Namun, ia mungkin sesuatu di luar jangkaan apabila serangan MCA kali ini mengundang reaksi sebaliknya di ruang internet, menyaksikan bagaimana parti Cina ini dibidas sehabis-habisnya oleh warga internet.

Artikel berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!" ditulis oleh seorang penulis dengan nama samaran "yue" (maksud: bulan), disiarkan oleh seorang rakannya melalui laman sosial Facebook pada jam 2 petang, 4 Oktober 2011. Tulisan ini telah dikongsi oleh kira-kira 1,500 rakan Facebook, dalam masa 48 jam.

Meskipun diselit dengan kata-kata kesat yang mencaci MCA, namun tulisan ini sempat mengulas alasannya memperlekehkan MCA dan mengapa PAS dibela. MCA dibidas kerana tunduk dan bersekongkol dengan UMNO; sementera PAS disanjung kerana beberapa langkah yang memperlihatkan "keterbukaannya" terhadap golongan bukan muslim.

Bagaimanapun, penulis tidak menunjukkan pendirian untuk menyokong pelaksanaan Hukum Hudud, hanya menyebut ia sebagai matlamat tertinggi PAS, dan realiti politik hanya membenarkan pelaksanaan dasar bersama dalam "Buku Jingga", seandainya Pakatan Rakyat memerintah. Malah, menurut penulis, seandainya masyarakat Cina tidak suka jika Hukum Hudud dilaksanakan, maka tukarlah semula kepada Barisan Nasional dalam PRU ke-14 kelak.

Yang berikut adalah terjemahan dan suntingan tulisan berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!"


Saya, sebagai warga Malaysia kaum Cina, tiada Roket mahupun Keadilan bertanding di kawasan pengundian saya, hanya pertembungan terus antara UMNO dengan PAS. Sekarang, secara rasminya saya mengumumkan di sini, bahawa pada PRU yang akan datang, saya akan mengundi PAS!

Melihat kepada pemimpin MCA yang haprak berucap menyerang Hukum Hudud Islam dalam perhimpunan agung tahunannya, kononnya mempertahankan kepelbagaian budaya Malaysia, saya teringin nak berkata, MCA, pergi mampuslah!

XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, sekarang saya ingin berkata kepada MCA, pada pilihan raya umum yang akan datang, saya pasti akan mengundi PAS! Malas saya nak layan kau!

Jangan kata kepada saya penubuhan Negara Islam, akan dipotong tangan dan dipotong kaki, XXX, Malaysia di bawah perintah kau dan UMNO - Teoh Beng Hock pun boleh jatuh dari bangunan! Polis boleh tembak sewenang-wenangnya! Tak kurang tahanan yang mati dalam lokap! Belum sempat kami dipotong tangan dan kaki oleh PAS, mungkin dah mati kena aniaya unit penguatkuasa!

XXX, MCA, parti yang haprak, saban hari memfitnah PAS dalam akhbar. Tahukah kau, PAS memperuntukkan tanah untuk 'menyara' sekolah menengah Cina di Kelantan; di Perak, benda yang sama berlaku ketika pemimpin PAS menjadi Menteri Besar. XXX... Dah berapa tahun kau MCA menjadi kerajaan, tapi gagal menginstitusikan peruntukan kepada sekolah Cina, dan sekarang kau suruh kami jangan mengundi PAS, gila!

XXX, satu parti yang besar, dalam perhimpunan agungnya, boleh menggunakan sepenuh masa untuk mengecam idealisme Islam, pada masa yang sama akur secara senyap kepada perkauman sempit UMNO, parti apa yang haprak sebegini? Memang parti haprak yang tidak boleh diselamatkan!

Apabila UMNO menyerang, bahawa Cina adalah "pendatang", suruh kami balik ke Tiongsan, PAS yang tampil mempertahankan kita!

Apabila UMNO melarang bukan-muslim menggunakan kalimah Allah, PAS yang tampil mempertahankan hak bukan muslim!

Apabila UMNO melarang bukan-muslim ke dalam masjid/surau, PAS yang tampil membantah UMNO!

Apabila PERKASA yang pro-UMNO menyerang bahawa Pakatan Rakyat mengkhianati Melayu, PAS yang tampil menyanggah mereka!

XXX, apa yang kau MCA lakukan? Hanya mampu berkata UMNO tak harus begini, tak patut begitu, kalau betul kau hebat, takkan Cina masih menjadi rakyat kelas kedua? Kalau betul ada tulang belakang, keluarlah kau dari Barisan Nasional-lah, bodoh!"

Semakin meluap-luap kemarahan saya... Sekian lama kau MCA makan duit, satu projek PKFZ kau telan RM12.5 bilion, satu Facebook RM1.8 juta, dan wang kopi yang sikit-sikit tu? Kau yang telan wang rakyat! PAS? Pernahkah kau denganr PAS terima rasuah? PAS terkenal dengan bersih dan amanah, 20 tahun memerintah di Kelantan, tiada satu kes rasuah, Menteri Besar duduk dalam rumah kampung, makan nasi lemak! Kau orang senang saja kata kalau menang makan udang galah, masih nak kami undi kau?"

MCA, berambuslah kau! Apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA kerana terdesak dengan tekanan rakyat, kau bagaikan anjing, segera bersetuju! XXX, untuk sekian lama kau menyokong akta yang mencabul hak asasi manusia, kini sikap kau berubah dalam sekelip mata? Kau ingat rakyat ni bodoh? Untuk sekian lama, PAS memimpin rakyat untuk berjuang, sama ada perhimpunan anti ISA, BERSIH 1.0 mahupun BERSIH 2.0, PAS berada di baris paling depan untuk menentang kezaliman - menahan gas pemedih mata, menghalang meriam air berkimia!

Ketika 9 Julai, UMNO mengecam kami kerana berarak di jalan raya. Pada saat yang paling genting, Unit Amal PAS membuka jalan, kemudian berkata, 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita lindung mereka!' XXX, mana kau MCA? Di mana kau sorok ketika itu? Sekarang kau panggil kami jangan undi PAS, mampuslah kau!

XXX, dah sekian tahun menjadi kerajaan, Presiden video lucah itu masih berada di atas pentas untuk menggesa agar kerajaan begini, supaya kerajaan begitu... Pernahkah kau anggap diri kau sebagai kerajaan? Kalau kau sendiri tak mampu, tak larat, tukarlah orang! Bodoh!

Apa yang paling hebat, Liow Tiong Lai, mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Ketika hukum Islam diluluskan di DUN Kelantan dan Terengganu, ADUN UMNO menyokong dengan mengangkat kedua-dua tangan mereka. Satu undi pun tidak pernah diluluskan DAP. Mengapa tidak kau memimpin MCA untuk keluar dari Barisan Nasional?

PAS ingin melaksanakan Hukum Hudud, ini matlamat tertinggi parti mereka. Ia bagaikan Parti Demokratik Progresif di Taiwan yang menuntut kemerdekaan, sudah pasti ia tak jadi, kerana tidak dibenarkan realiti politik. Apatah lagi PAS bersekutu dengan dua parti komponen Pakatan Rakyat, semestinya memerintah berdasarkan Buku Jingga apabila berkuasa - bukan matlamat tertinggi PAS mahupun DAP. Mungkin ada yang akan tanya, bagaimana pula di Kelantan?

Saya teringin nak tanya mereka, jikapun terlaksana di Kelantan, apa susahnya? Kau bukannya muslim, apa kena-mengena dengan kau? Lebih-lebih lagi, kau tunggulah sehingga Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminda perlembagaan. Buat masa sekarang, kerajaan pun belum tukar. Kini bertimbun-timbun pengundi hantu, Pakatan Rakyat nak pertahan satu pertiga kerusi pun payah!

Ramai lagi Cina bertanya, matilah kalau Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga. Saya kata XXX, kepala otak kau, kalau Pakatan Rakyat memperolehi dua pertiga, sudah pasti DAP ada 50 kerusi dalamnya. Kalau DAP tidak mengundi untuk sokong, maka tak jadilah pindaan tu.

Kemudian lebih ramai Cina tanya, kalau DAP menjadi pengecut, menyokong pelaksanaan Hukum Hudud? Kalau kau tak suka, tukar balik Barisan Nasional-lah! Takkan tiada lagi pilihan raya selepas pertukaran kerajaan pada PRU akan datang? Kan pilihan raya memberi peluang kepada kita untuk tukar kerajaan apabila kita tidak setuju dengan dasar kerajaan yang sedia ada?

Sesetengah Cina bodoh betul, saya terus terang di sini. Seandainya pada PRU akan datang, kami menyokong satu kerajaan yang sudah lama korup dan mencabul hak asasi manusia, hanya kerana takut kepada Hukum Hudud yang langsung tak pernah wujud, maka saya perlu kata, benar orang Cina ni hina. Nasib orang Cina dan rakyat akan tergadai pada tangan sendiri!

Sedarlah orang Cina, jangan lagi ditipu MCA! Hanya apabila kami mengundi Roket, Keadilan dan Bulan, bersatu menukar kerajaan yang haprak ini untuk memperbaiki nasib orang Cina di tanahair ini. Seandainya kamu mencintai bangsa kau, seandainya kamu mencintai rakyat kau, seandainya kau mencintai negara kau, berkongsilah tulisan ini dengan setiap orang kawanmu. PRU yang akan datang, kami bernyanyi bersama "Bulan lambang hatiku" (lagu Cina terkenal)!


*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Kes Sembahyang Jenazah

Setelah lama kes ini hilang,Akhirnya kes ini timbul semula... Aku mengetahui kes ini setelah aku menelefon ayahku di kampung, bertanyakan tentang keadaanya.. Sebelum aku menamatkan perbualan, ayah aku ada bercakap tentang kes ni kepada aku.. ini kesnya..


Sinar Harian Edisi Utara, Bertarikh 05/10/2011

Bagi aku,hal ini tidak patut di keluarkan semula. Ia merupakan fardhu kifayah, dan Yang Dipertua Pas Kawasan Padang Serai juga menyatakan bahawa ia boleh diuruskan secara kumpulan kecil ataupun kumpulan besar. Si pengadu, Halim juga mengatakan terdapat 1,500 org anak kariah di kawasan itu tetapi takkan tiada seorang pun tak boleh datang untuk sembahyangkan jenazah tersebut. Si pengadu juga menyatakan bahawa ini berlaku kerana kepentingan parti politik.

Kejadian Ini berlaku di Kg Bikan, Labu Besar, Kulim Kedah. Si pengadu mengatakan juga kerana kepentingan politik, penduduk sanggup tidak hadir kerana berlainan fahaman. Dia juga katakan yang tidak kira parti politik apa pun, kita mestilah menyempurnakan jenazah..

Persoalan di sini, di manakah anak kairiah yang sama fahaman politik dengan keluarga simati? Adakah mereka tidak mempunyai anak kairiah yang tahu menyempurnakan sembahyang jenazah ini.. banyak kejadian yang berlaku di Kg Bikan ini. Di manakah anak kairiah yang satu fahaman politik dengan si pengadu apabila kuliah dan pengajian agama di masjid sedang diadakan? Dimanakah mereka semasa sembahyang fardhu 5 waktu? dan juga di manakah mereka semasa tahlil kenduri arwah diadakan?? seingat aku, aku tidak pernah nampak mereka di masjid. Jadi bagaimana anak kairiah yang lain mahu membantu jika mereka sendiri tidak pernah ke masjid..??

oleh itu, sama-sama lah kita berfikir, aku berfikir secara fikiran anak muda, aku bukan hendak menghentam sesiapa, tetapi kita diberikan akal untuk berfikir.

QARDHAWI SAMM

Monday, October 3, 2011

WAJIB : BERSIH dulu sebelum PRU

Pada 9 Julai yang lepas Himpunan Bersih 2 telah membuktikan bagaimana negara ini berada dalam krisis hilang kepercayaan rakyat mengenai proses pilihanraya yang bersih dan adil. Ini bukan sahaja di ukur dengan jumlah rakyat yang begitu komited dan serius berdepan perbagai sekatan untuk turun menyatakan bantahan aman tetapi juga diukur dari respon sepanjang kempen diadakan di seluruh negara.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengakui kepincangan yang berlaku dalam proses demokrasi pilihanraya Malaysia dengan akhirnya terpaksa akur untuk menubuhkah satu Jawatankuasa Khas Parlimen (Parliament Select Committee) untuk mengkaji dan menambahbaik sistem serta proses pilihanraya dalam negara ini. Proses ini walaupun masih terdapat kepincangan atau keraguan namun kerana kehendak rakyat yang tinggi untuk melihat proses penambahbaikan berlaku dalam proses pilihanraya ahli parlimen pembangkang yang mulanya ingin memboikot juga akhirnya akur untuk menyertai kerana memenuhi harapan tinggi rakyat.

Namun ini semua ini hanyalah proses retorik yang sia - sia jika PRU tetap diadakan sebelum selesai proses penambahbaikan tersebut. Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang pernah disiar media menyatakan tidak menolak kemungkinan PRU akan diadakan sebelum proses penambahbaikan selesai. Ini sungguh mengecewakan.

SAMM memandang serius perkara ini, perkara ini dibincang secara serius dalam Rapat (Pengurusan) Kebangsaan 02/11 yang baru diadakan dan diangkat menjadi bahan penting dalam resolusi rapat tersebut. Resolusi kedua dari 12 resolusi tersebut ialah


2. Demokrasi negara ini sedang ‘tenat’ apabila kadar kepercayaan rakyat terhadap proses pilihanraya amat rendah, SAMM menyokong usaha telus penambahbaikkan sistem pilihanraya dan mendesak PRU WAJIB hanya boleh diadakan selepas proses penambahbaikan selesai.

SAMM mendokong tuntutan BERSIH2 iaitu


1. BERSIHKAN SENARAI UNDI

2. MENREFORMASI UNDI POS

3. GUNA DAKWAT KEKAL

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI

5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL

6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM

7. HENTIKAN RASUAH

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR


Tanpa pelaksanaan tuntutan tersebut maka janji transformasi PRU hanya retorik Perdana Menteri Malaysia, malah lebih kianat lagi jika Perdana Menteri jika PRU dipanggil tanpa selesainya proses penambahbaikan itu selesai.SAMM tidak menolak untuk bersama mengembeling kekuatan untuk memobilisasi kekuatan rakyat secara fizikal untuk menolak proses pilihanraya jika ia terus diadakan tanpa selesai proses penambahbaikan yang disarankan.

Lebih parah lagi bukan sahaja proses pilihanraya itu diragui malah mutaakhir ini berlaku pula proses memberikan kerakyatan secara diragui dan dipercayai untuk tujuan membolehkan pendatang yang kebanyakannya masuk secara tanpa izin ini mengundi. SAMM sendiri baru ini membangkitkan mengenai beberapa penempatan warga asing yang majoriti memperoleh kerakyatan di Pekan, Pahang iaitu kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri. Sudahlah kes pemberian kad pengenalan yang dikenali sebagai 'Projek IC Dr. M' di Sabah belum boleh diperjelaskan kini strategi yang sama muncul dengan skala lebih besar. Kedaulatan dan keselamatan negara kini dipertaruhkan kerana kuasa politik.

SAMM juga menegaskan buat sekian kalinya bersama mendokong usaha murni Jawatankuasa kempen BERSIH 2.

Kenyataan Media ;
che'GuBard
Pengerusi
Solidariti Anak Muda Malaysia
30 September 2011

RUU Kg Baru ditarik balik

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Setelah menerima tekanan hebat dari perjuangan untuk membebaskan Kampung Baru dari Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru, bacaan kali kedua di Parlimen yang sepetutnya bermula hari ini, ditarik balik.

Perkara itu diumumkan pada sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, ia satu kemenangan kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

“Perkara pertama hari ini, Menteri Wilayah Persekutuan telah menarik balik Rang Undang-undang Pembangunan Kampung Baru, Viva, kemenangan kepada Pakatan Rakyat dan Allahyarhamah Dr Lo’Lo’,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu.

Pelbagai pihak khasnya PAS mendesak agar rang undang-undang ditangguhkan dan bacaan kali keduanya hari ini ditarik balik.

Perjuangan ini, sebagaimana yang dinyatakan Tian Chua diperjuangkan dengan hebat oleh anggota Parlimen kawasan ini, Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Sebelum ini, PAS mendesak kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg Baru 2010 (RUU PPKB 2010) dan tidak meneruskan bacaan kali kedua di Parlimen sessi ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sebaliknya berkata, RUU PPKB tersebut perbincangan semula membabitkan pihak yang benar-benar berkaitan dengan Kg Baru.

Menyifatkan RUU PPKB sebagai "tidak masak", dan "cacat", Salahuddin berkata cadangan bacaan kali kedua itu bertentangan dengan pendirian pemilik dan pewaris Kg Bharu.
(Salehudin mengadakan sidang media khas 27 September lalu membantah RUU Kg Baru dan minta bacaan keduanya ditangguhkan)

"Penangguhan bacaan kali kedua sebelum ini membuktikan rang undang-undang ini tidak masak, tidak sempurna dan cacat maka satu perundingan yang serius perlu dilakukan yang perlu melibatkan wakil penduduk yang sah termasuk badan bukan kerajaan yang ada di Kg Bharu," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, 27 September lepas.

Salahuddin dalam pada itu turut menganggap kejayaan awal penentangan penduduk terhadap RUU PPKB hasil pengorbanan ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' yang berusaha keras memberi kesedaran kepada penduduk mengenai 'sesuatu yang tidak kena' dengan RUU tersebut.

Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' menerusi Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) parlimen Titiwangsa menubuhkan Sekretariat Pembangunan Kg. Bharu (SPKB) dengan tujuan membantu beliau meneliti, mengkaji dan memberikan maklumat penuh berkaitan RUU PPKB 2010.
Harakahdaily

Harapan mahasiswa pada Bajet 2012

Terdapat satu harapan yang cukup besar dalam kalangan rakyat untuk mendengar khabar gembira daripada pembentangan Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kakitangan awam, misalnya, ternanti-nanti ungkapan kenaikan gaji ataupun bonus diungkapkan sendiri daripada mulut Perdana Menteri dalam pembentangan bajet tersebut. Begitu juga dengan sektor-sektor lain yang mengharapkan khabar gembira yang mampu merangsang kembali pertumbuhan ekonomi secara mekar dalam usaha untuk mewujudkan sebuah Negara berpendapatan tinggi.

Secara fokusnya, mahasiswa juga dilihat sebagai salah satu sasaran yang harus diketengahkan dalam pembentangan bajet. Walaupun dalam pembentangan Bajet 2011, sebanyakRM 10.2 billion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi, namun dalam konteks realiti mahasiswa, peruntukan tersebut seolah-olah tidak dirasakan kewujudannya dalam bentuk nyata, apatah lagi masalah kenaikan kos sara hidup yang meningkat berpunca daripada keadaan global yang tidak stabil terus-menerus menyebabkan perbelanjaan harian terpaksa dikurangkan terutamanya berkaitan dengan soal makanan, pengangkutan, sewa rumah dan buku-buku pelajaran. Kesannya, terdapat pelajar yang terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaan semasa menyebabkan fokus kepada pelajaran semakin kurang.

Oleh hal yang demikian, suatu strategi yang bersifat jangka pendek dan panjang harus dirangka. Strategi jangka pendek yang bersifat untuk menyelesaikan masalah semasa ialah fokus bagi menstabilkan dan menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup disebabkan faktor global, manakala strategi jangka panjang pula adalah untuk menstabilkan rantaian dalam konteks masyarakat secara makro.

Dari sudut strategi semasa, yang bersifat jangka pendek iaitu sepanjang tempoh pengajian mahasiswa, masalah yang terpaksa dihadapi oleh golongan ini adalah masalah peningkatan kos sara hidup yang bersifat semasa merangkumi keperluan asas seorang pelajar termasuklah makanan, pengangkutan serta buku teks. Suatu inisiatif perlu diikhtiarkan dalam usaha untuk mengatasi masalah ini. Antara perkara yang dicadangkan adalah berkaitan dengan rasionalisasi subsidi yang dituruti dengan distribusi kepada pihak-pihak yang sepatutnya. Peruntukan subsidi yang telah dirasionalisasikan seharusnya diagihkan kepada masyarakat khususnya kepada golongan pelajar mahupun mahasiswa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah peningkatan kos sara hidup. Teknikalnya, peruntukan tersebut mungkin boleh diagihkan melalui pendaftaran di pejabat-pejabat pos atau pihak yang berkaitan sekurang-kurangnya mampu mengurangkan beban dalam konteks sara diri.

Begitu juga, penggunaan pas pelajar juga dicadangkan dapat digunakan secara meluas bagi mendapatkan diskaun untuk pengangkutan dan pembelian buku-buku teks. Walaupun dalam Bajet 2010, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan penggunaan kad diskaun tambang sebanyak 50 peratus bagi pelajar untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), namun, penggunaan kad tersebut dicadangkan digunakan secara meluas termasuklah penggunaan bas awam dan ekspres serta lain-lain.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan budaya membaca dalam kalangan masyarakat juga, spesifikasinya golongan mahasiswa, seharusnya galakan untuk membaca dilaksanakan melalui peruntukan khas bagi pembelian buku teks atau buku-buku akademik yang lain. Penggunaan pas pelajar bagi mendapatkan diskaun dalam pembelian buku juga merupakan salah satu usaha yang harus difikirkan dan dimasukkan dalam perancangan dan penelitian Bajet 2012.

Tidak sekadar strategi jangka pendek sahaja difikirkan, strategi jangka panjang juga perlu dirangka secara bersama sebagai pelengkap bagi pakej yang berkaitan dengan konteks pelaburan modal insan ini. Isu berkaitan dengan kenaikan umur persaraan sehingga 60 tahun serta gaji minimum sehingga RM1,500 perlu dilihat dalam konteks yang lebih terkehadapan. Kenaikan umur persaraan sehingga 60 tahun akan mengurangkan bilangan pekerjaan bagi golongan mahasiswa yang keluar daripada universiti. Kesannya, kepakaran pekerja baru melalui proses pelaksanaan kerja melalui pengalaman akan semakin menurun. Impaknya juga, akan berlaku pengangguran dalam tempoh masa yang lama, apatah lagi, antara syarat yang dikenakan oleh syarikat-syarikat kebanyakan menetapkan prioriti terhadap calon temuduga yang mempunyai pengalaman bekerja.

Selain itu, cadangan kenaikan gaji minimum juga harus diperhalusi serta diambil kira dari sudut status hidup bagi membendung kemiskinan Bandar yakni pendapatan yang tidak setara dengan perbelanjaan keperluan asas. Maka, bajet 2012 harus membentangkan strategi yang jelas dalam usaha untuk mengatasi pengangguran dalam kalangan siswazah. Peruntukan pelaksanaan Skim Latihan 1Malaysia yang bertujuan memberikan latihan kepada siswazah belum memberi sebarang jaminan kerja untuk golongan ini sedangkan seharusnya universitilah yang bertindak sebagai penyedia latihan bagi siswazah. Oleh itu, suntikan fiskal harus dilaksanakan oleh pihak berwajib dalam usaha untuk mencipta peluang pekerjaan, bukan sekadar memberikan latihan tanpa penciptaan peluang pekerjaan. Begitu juga, masalah ini makin meruncing apabila mereka terpaksa membayar hutang PTPTN yang harus dilangsaikan sedangkan mereka masih belum lagi mempunyai pekerjaan.

Justeru, bajet 2012 harus memberi penekanan kepada aspek strategi jangka masa pendek dan panjang dalam usaha untuk mengatasi masalah peningkatan sara hidup khususnya golongan mahasiswa serta mengurangkan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah. Modal insan yang telah dicipta tetapi tidak dimanfaatkan kerana kekurangan penciptaan peluang kerja hanya akan menyebabkan berlakunya proses pembaziran tenaga manusia dalam negara.

Penulis adalah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIA

Harapan mahasiswa pada Bajet 2012

Terdapat satu harapan yang cukup besar dalam kalangan rakyat untuk mendengar khabar gembira daripada pembentangan Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kakitangan awam, misalnya, ternanti-nanti ungkapan kenaikan gaji ataupun bonus diungkapkan sendiri daripada mulut Perdana Menteri dalam pembentangan bajet tersebut. Begitu juga dengan sektor-sektor lain yang mengharapkan khabar gembira yang mampu merangsang kembali pertumbuhan ekonomi secara mekar dalam usaha untuk mewujudkan sebuah Negara berpendapatan tinggi.

Secara fokusnya, mahasiswa juga dilihat sebagai salah satu sasaran yang harus diketengahkan dalam pembentangan bajet. Walaupun dalam pembentangan Bajet 2011, sebanyakRM 10.2 billion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi, namun dalam konteks realiti mahasiswa, peruntukan tersebut seolah-olah tidak dirasakan kewujudannya dalam bentuk nyata, apatah lagi masalah kenaikan kos sara hidup yang meningkat berpunca daripada keadaan global yang tidak stabil terus-menerus menyebabkan perbelanjaan harian terpaksa dikurangkan terutamanya berkaitan dengan soal makanan, pengangkutan, sewa rumah dan buku-buku pelajaran. Kesannya, terdapat pelajar yang terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaan semasa menyebabkan fokus kepada pelajaran semakin kurang.

Oleh hal yang demikian, suatu strategi yang bersifat jangka pendek dan panjang harus dirangka. Strategi jangka pendek yang bersifat untuk menyelesaikan masalah semasa ialah fokus bagi menstabilkan dan menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup disebabkan faktor global, manakala strategi jangka panjang pula adalah untuk menstabilkan rantaian dalam konteks masyarakat secara makro.

Dari sudut strategi semasa, yang bersifat jangka pendek iaitu sepanjang tempoh pengajian mahasiswa, masalah yang terpaksa dihadapi oleh golongan ini adalah masalah peningkatan kos sara hidup yang bersifat semasa merangkumi keperluan asas seorang pelajar termasuklah makanan, pengangkutan serta buku teks. Suatu inisiatif perlu diikhtiarkan dalam usaha untuk mengatasi masalah ini. Antara perkara yang dicadangkan adalah berkaitan dengan rasionalisasi subsidi yang dituruti dengan distribusi kepada pihak-pihak yang sepatutnya. Peruntukan subsidi yang telah dirasionalisasikan seharusnya diagihkan kepada masyarakat khususnya kepada golongan pelajar mahupun mahasiswa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah peningkatan kos sara hidup. Teknikalnya, peruntukan tersebut mungkin boleh diagihkan melalui pendaftaran di pejabat-pejabat pos atau pihak yang berkaitan sekurang-kurangnya mampu mengurangkan beban dalam konteks sara diri.

Begitu juga, penggunaan pas pelajar juga dicadangkan dapat digunakan secara meluas bagi mendapatkan diskaun untuk pengangkutan dan pembelian buku-buku teks. Walaupun dalam Bajet 2010, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan penggunaan kad diskaun tambang sebanyak 50 peratus bagi pelajar untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), namun, penggunaan kad tersebut dicadangkan digunakan secara meluas termasuklah penggunaan bas awam dan ekspres serta lain-lain.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan budaya membaca dalam kalangan masyarakat juga, spesifikasinya golongan mahasiswa, seharusnya galakan untuk membaca dilaksanakan melalui peruntukan khas bagi pembelian buku teks atau buku-buku akademik yang lain. Penggunaan pas pelajar bagi mendapatkan diskaun dalam pembelian buku juga merupakan salah satu usaha yang harus difikirkan dan dimasukkan dalam perancangan dan penelitian Bajet 2012.

Tidak sekadar strategi jangka pendek sahaja difikirkan, strategi jangka panjang juga perlu dirangka secara bersama sebagai pelengkap bagi pakej yang berkaitan dengan konteks pelaburan modal insan ini. Isu berkaitan dengan kenaikan umur persaraan sehingga 60 tahun serta gaji minimum sehingga RM1,500 perlu dilihat dalam konteks yang lebih terkehadapan. Kenaikan umur persaraan sehingga 60 tahun akan mengurangkan bilangan pekerjaan bagi golongan mahasiswa yang keluar daripada universiti. Kesannya, kepakaran pekerja baru melalui proses pelaksanaan kerja melalui pengalaman akan semakin menurun. Impaknya juga, akan berlaku pengangguran dalam tempoh masa yang lama, apatah lagi, antara syarat yang dikenakan oleh syarikat-syarikat kebanyakan menetapkan prioriti terhadap calon temuduga yang mempunyai pengalaman bekerja.

Selain itu, cadangan kenaikan gaji minimum juga harus diperhalusi serta diambil kira dari sudut status hidup bagi membendung kemiskinan Bandar yakni pendapatan yang tidak setara dengan perbelanjaan keperluan asas. Maka, bajet 2012 harus membentangkan strategi yang jelas dalam usaha untuk mengatasi pengangguran dalam kalangan siswazah. Peruntukan pelaksanaan Skim Latihan 1Malaysia yang bertujuan memberikan latihan kepada siswazah belum memberi sebarang jaminan kerja untuk golongan ini sedangkan seharusnya universitilah yang bertindak sebagai penyedia latihan bagi siswazah. Oleh itu, suntikan fiskal harus dilaksanakan oleh pihak berwajib dalam usaha untuk mencipta peluang pekerjaan, bukan sekadar memberikan latihan tanpa penciptaan peluang pekerjaan. Begitu juga, masalah ini makin meruncing apabila mereka terpaksa membayar hutang PTPTN yang harus dilangsaikan sedangkan mereka masih belum lagi mempunyai pekerjaan.

Justeru, bajet 2012 harus memberi penekanan kepada aspek strategi jangka masa pendek dan panjang dalam usaha untuk mengatasi masalah peningkatan sara hidup khususnya golongan mahasiswa serta mengurangkan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah. Modal insan yang telah dicipta tetapi tidak dimanfaatkan kerana kekurangan penciptaan peluang kerja hanya akan menyebabkan berlakunya proses pembaziran tenaga manusia dalam negara.

Penulis adalah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIA

Wacana Abim tegaskan Hudud sesuai dilaksanakan



KUALA LUMPUR, 3 Okt: Wacana Isu Semasa Hudud: Sesuaikah Dilaksanakan di Malaysia anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) semalam merumuskan bahawa undang-undang jenayah syariah tersebut sesuai dan wajar dilaksanakan di Malaysia.

Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim (gambar) menekankan usaha ke arah merealisasikan undang-undang hudud boleh dilaksanakan melalui kehendak politik yang kuat dengan mengambil kita penafsiran dan pindaan semula terhadap sistem perundangan yang sedia ada sebelum ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan sejurus wacana tersebut yang membariskan tiga ahli panel terkemuka iaitu Prof Dr Aziz Bari (pakar perlembagaan), Dr. Abdul Halim El-Muhamadiy (Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia), serta Musa Awang (Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia).

Ketua Biro Syariah dan Kewangan Islam Abim, Dr Zulkifli Hassan pula bertindak sebagai moderator.

Wacana ini diadakan sebagai respon terhadap polemik pelaksanaan hukuman Hudud yang diketengahkan di media-media arus perdana.
Sepanjang tempoh semenjak polemik ini tercetus minggu lalu, beberapa pihak telah mengkritik cadangan perlaksanaan undang-undang Hudud yang diketengahkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat.

Selain bertentangan dengan perlembagaan Malaysia yang dikatakan bersifat sekular, Hudud juga di dakwa akan mengakibatkan diskriminasi


Perspektif syariah dan sejarah


Dr Abd Halim El-Muhammady menjelaskan secara umumnya, perlaksanaan hudud merupakan satu tuntutan syariat dan aqidah bagi umat Islam. “Perintah perlaksanaan hudud adalah bersifat qati’e atau mutlak iaitu kewajipan yang mesti dilaksanakan.

"Oleh itu proses dan usaha ke arah melaksanakan undang-undang hudud perlu diberikan perhatian serius,” jelas beliau sambil menambah walaupun tidak disepakati secara ijma’, perlaksanaan syariah Islam merupakan salah satu komponen atau ciri sebuah negara Islam.

Dari segi perspektif sejarah pula menurut Dr Ab Halim lagi, undang-undang hudud sebenarnya telah dilaksanakan sejak zaman Melaka.

Beliau merujuk kepada manuskrip undang-undang Pahang yang juga digunapakai di Perak dan Johor di sekitar abad ke-17 yang kini disimpan di London, ia telah membuktikan bahawa undang-undang hudud merupakan undang-undang yang telah dikuatkuasakan ratusan tahun dahulu.

Hudud dalam konteks perlembagaan

Prof Dr Abd Aziz Bari (gambar) mengatakan perlembagaan meletakkan Islam di tempat yang istimewa.

“Perlembagaan Malaysia tidak bersifat sekular. Perkara 3 yang menyatakan Islam adalah agama persekutuan perlu juga dibaca dengan Perkara 11, 12 dan beberapa peruntukan yang lain jelas menunjukkan kedudukan istimewa Islam di dalam perlembagaan. Pandangan mengatakan perlembagaan Malaysia adalah sekular adalah tersasar dari pentafsiran sebenar perlembagaan,” jelas pakar perlembagaan di Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Abd Aziz menegaskan bahawa perlaksanaan hudud juga perlu melihat dari aspek kehendak masyarakat atau rakyat.

Dalam kes di Kelantan beliau berpandangan, sekiranya rakyat negeri tersebut telah bersedia dan bersetuju untuk perlaksanaan hudud, hasrat ini perlu disambut dan ditunaikan.

“Dalam soal perlembagaan, kita harus menyedari bahawa ia bukan sesuatu yang mutlak dan tidak boleh diubah. Ia boleh dipinda serta dimansuhkan. Namun begitu dalam masa yang sama, pindaan serta pemansuhan (perlembagaan) ini juga tidak perlu dilakukan kerana perlembagaan itu sendiri tertakluk kepada pelbagai tafsiran yang boleh menghasilkan perspektif-perspektif yang berbeza,” menurut beliau yang merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau juga mencadangkan agar satu referendum atau pungutan suara dilakukan untuk meninjau hasrat dan kehendak rakyat mengenai perlaksanaan hudud.

Sekiranya referendum itu positif, kerajaan Pusat seharusnya membantu kerajaan negeri ke arah perlaksanaannya dengan bersungguh-sungguh, tegas beliau lagi.

"Undang-undang jenayah Islam boleh dilaksanakan di dalam kerangka perlembagaan dan lunas perundangan yang ada sekarang. Persoalannya ialah mahu atau tidak? ” jelas Prof Dr Aziz Bari yang juga merupakan penulis Islam Dalam Perlembagaan Malaysia.

Aplikasi undang-undang

Pengamal undang-undang syariah, Musa Awang undang-undang tidak seharusnya dijadikan halangan dalam merealisasikan hukuman Hudud.

“Walaupun diakui terdapat beberapa halangan dari sudut undang-undang umpamanya Akta Bidangkuasa Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1988) yang menghadkan bidang kuasa mahkamah syariah kepada hanya boleh mengenakan hukuman sebanyak 3 tahun penjara, RM5000 denda dan 6 kali sebatan, halangan seumpaman ini sebenarnya tidak boleh dijadikan alasan yang tidak membolehkan ianya dipinda atau dimansuhkan.

"Bahkan, pindaan undang-undang tersebut boleh dilaksanakan oleh eksekutif tanpa perlu melalui proses mendapatkan mandat 2/3 majoriti yang diperlukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan,” jelas Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Beliau menambah, "Hatta perlembagaan pun pernah dipinda, undang-undang seumpama ini boleh sahaja dipinda atau dimansuhkan dengan adanya Political Will.”

Oleh itu menurut Musa Awang lagi, “Persediaan dari sudut yang lain, umpamanya kesediaan badan kehakiman, pengamal undang-undang, infrastruktur, badan penguatkuasa, badan pendakwa dan lain-lain juga perlu diambil perhatian sewajarnya dalam melaksanakan hukum hudud."

Dalam pada itu, Mohamad Raimi mengumumkan beberapa rumusan awal yang dicapai hasil daripada wacana ini yang meliputi:

1) Cadangan enubuhan Jawatankuasa Teknikal Mengkaji Perlaksanaan Hudud secara serius di Malaysia

(2) Menggerakkan 'Road Show’ atau Program Penerangan Undang-undang Hudud yang Berterusan.

(3) Mencadangkan satu referendum atau pungutan suara diadakan untuk memahami persepsi dan kehendak rakyat terhadap perlaksanaan hudud.

“Wacana hudud yang dianjurkan kali ini merupakan salah satu dari usaha Abim ke arah mendidik masyarakat untuk membincangkan sebarang isu yang timbul secara ilmiah berdasarkan hujah.

"Isu hudud yang dibicarakan dari sudut perspektif yang perbagai sama ada perlembagaan, amalan undang-undang, sejarah, syariah dan demokrasi. Wacana kali ini juga telah mengetengahkan beberapa isu yang sangat signifikan untuk diambil perhatian oleh semua pihak.

"Pihak Abim akan memperhalusi cadangan dan saranan yang dirumuskan dalam wacana hari ini dalam masa terdekat dan mengenmukakannya kepada pihak berwajib.

"Justeru, adalah menjadi harapan kami agar segala cadangan dan saranan yang disyorkan dalam wacana ini disahut oleh pihak yang berwajib dan setiap usaha ke arah perlaksanaan hudud ini perlu dilaksanakan secara berhemah.

"Yang penting, langkah ke arahnya harus bermula, dan ia harus bermula se