Followers

Friday, August 20, 2010

P.E.L.I.T.A


Assalamuailaikum warahmatullahiwabarokatuh..

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadirat allah kerana kita masuh dapat menunaikan ibadah puasa yang sudah berlalu selama 10 hari. Pelabagai cabaran dan dugaan yang kita hadapi namun keutuhan iman dan juga kesabaran kita membawa kita ke arah yang lebih sempurna..

Tinggal lagi 20 hari sahaja lagi kita akan kehilangan bulan yang paling dirahmati oleh Allah lebih dari semua 12 bulan yang lain. Diharapkan kita dapat menyelesaikan ibadah puasa ini dengan dalam keadaan sihat sejahtera.

Namun,di dalam kita berada di dalam bulan yang berkah ini, masih ada manusia yang sanggup membuang anak luar nikah mereka tidak kira di mana pun.. asalkan perangai buruk mereka tidak dapat dikesan.. Adakah kerana mereka ini kurang pengetahuan agama,atau kerana asyik dalam melayari bahtera haram ini..

Saban hari, kita selalu akan mendengar atau menonton berita yang melaporkan kejadian pembuangan bayi.. Mengapakah manusia sekarang berperangai seperti binatang? sedangkan ada binatang yang sanggup menjaga bayi binatang lain..

Di dalam laman web sosial,FACEBOOK pada beberapa minggu lepas ada seseorang individu yang telah memuat naik video mengenai seekor harimau yang telah membaham seekor kera betina,dan di dalam perut kera ini terdapat seekor bayi kera yang masih hidup.. Timbul perasaan bersalah kerana membunuh ibu kera tersebut, harimau tersebut telah menjaga bayikera tersebut..

Subhanallah.. ini sesuatu yang tidak dapat diterima oleh akal manusia,namun, dengan kuasa Allah, haiwan ini telah menunjukkan bahawa manusia yang membuang anak ini lebih buruk dan hina daripada binatang..cubalah kita renungkan...

No comments:

Post a Comment