Followers

Friday, August 6, 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tanggal 31,
Bulan 8,57.
Hari yang mulia,
Hari yang bahagia,
Kita sambut,
Jiwa yang merdeka.

Mari kita seluruh warga negara,
Ramai-ramai menyambut hari merdeka,
MERDEKA!!
31 bulan 8,57,
Hari mulia negaraku merdeka..

Masih ingatkah lagi lagu yang dipopularkan oleh allahyarham Sudirman Bin Haji Arshad pada tahun 1980-an yang masih kekal hangat hingga hari ini. Saya percaya semua rakyat di malaysia pernah mendengar lagu patriotik ini. Lagu yang menaikkan semangat kita semasa menyambut kemerdekaan pada tanggal 31Ogos1957 tetap menjadi ingatan dan disiarkan di seluruh corong-corong radio dan juga di kaca televisyen.

Tinggal lagi 25 hari sahaja lagi, negara kita akan menyambut hari merdeka. Walaupun pada tahun ini kita menyambut hari kebangsaan di dalam bulan puasa,bulan yang penuh dengan berkat dan rahmat_Nya,nanum, sambutan tetap dilakukan.. Ini untuk meraikan perjuangan para pejuang yang terdahulu yang menentang habis-habisan pada era penjajahan. Tanpa mereka, siapalah kita generasi baru yang hanya menikmati kemerdekaan pada masa sekarang.

Negara kita memperoleh kemerdekaan setelah Tunku Abdul Rahman telah mengadakan rombongan ke London untuk berbincang tentang kemerdekaan Tanah Melayu kerana pada waktu tersebut rakyat Tanah Melayu telah bangkit menentang penubuhan Malayan Union yang akan menggugat ketuanan orang melayu. Dan akhirnya Tunku berjaya mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dan mengisytiharkan bahawa 31.08.1957 adalah tarikh keramat bagi Tanah Melayu.

Apa yang paling menggembirakan saya ialah tarikh keramat berkenaan merupakan tarikh keramat untuk saya juga. Ini kerana tarikh pada tarikh tersebut lahirlah seorang bayi iaitu saya(HAHAHAHA!!!!) Mohd Qardhawi Bin Mohd Ghazali yang lahir pada tanggal 31Ogos1991 pada pukul 2pm di Hospital Lama Kulim.Walaupun lahir pada tarikh tersebut, saya tidak menganggap bahawa ini merupakan satu kebetulan tetapi inilah anugerah Allah Yang Maha Esa yang telah memberikan tarikh lahir yang sangat diingati oleh rakyat malaysia(Ingat tentang hari merdeka la,bukan hari jadi saya,heheh)

Tapi,apa yang penting, kita patut bersyukur kerana lahir di Malaysia yang aman damai,selesa dan harmoni ini. Tidak seperti negara yang kerap berperang walaupun sudah mencapai kemerdekaan. Jangan lah kita biarkan orang lain menjajah kita semula walaupun pemikiran kita sudahpun dijajah,cukupkan sekadar pemikiran kita sahaja yang dijajah. Siapalah kita jika kita tiada pedoman hidup dan juga tiada negara sendiri.

Tak usah menyambut merdeka kalau hanya sekadar menyambut dengan bunga api dan juga perarakan semata-mata. Banyakkan berdoa supaya negara kita ini,Malaysia akan aman damai. Adakan solat hajat memohon kesejahteraan dari Yang Maha Esa. Ini kerana berjuang habis-habisan tidak cukup jika Allah tidak memberkati apa yang kita perjuangkan. Janganlah kita sekadar bercakap-cakap,menggembar-gemburkan apa erti merdeka,sedangkan kita tidak tahu erti merdeka di dalam perspektif islam, tak usah menyambut hari merdeka secara besar-besaran,cukup sekadar mengadakan majlis-majlis tahlil di masjid-masjid dan surau-surau. Tak perlu meraikan dengan penuh kegembiraan jika kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada. Tak perlu merempit sana sini hanya sekadar untuk membawa bendera Malaysia jika kita tidak tahu apa erti yang tersirat di dalam bendera malaysia itu.

Kita ini hanya menumpang sahaja titik peluh dan usaha orang lain. Apa yang perlu diutamakan ialah individu yang pernah berjuang sahaja,kerana merekalah kita ada di sini,berpijaklah di bumi yang nyata.Kita perlu mengenang jasa mereka tidak kira mereka masih ada ataupun yang telah tiada.

Kita harus ingat,bahawa masih ada pejuang yang masih belum kita ketahui jasa mereka kerana mereka dianggap sebagai individu yang berhaluan kiri oleh pihak-pihak tertentu. Adakah kerana mereka berhaluan kiri,mereka tidak diiktiraf oleh pihak tersebut. Ini sangat tidak boleh diterima oleh pejuang-pejuang tersebut. Dengan itu,marilah kita fikirkan sebab mengapa mereka ini dipinggirkan.

Mari kita renung sejenak anak-anak muda masa kini, mereka hanya tahu menyambut hari kemerdekaan tetapi mereka tidak mengerti apakah erti kemerdekaan yang sebenar. Seapatutnya pihak yang bertanggungjawab terhadap anak-anak merdeka ini,tidak kira dari semua aspek perlu memberi kesedaran tentang pentingnya erti kemerdekaan ini.

Kesimpulan yang dapat kita uar-uarkan disini ialah kita perlu memikirkan masa depan negara kita yang tercinta ini supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. Diharapkan kita semua dapat mengambil iktibar daripada negara-negara yang msih tidak aman hingga sekarang...Fikir-fikirkan lah,dan selamat beramal..
Sekian,Terima Kasih..

(Apa yang saya utarakan ini hanyalah pendapat yang saya rujuk melalui buku-buku dan juga akhbar-akhbar yang tertentu. Tidak ada kena-mengena dengan sesiapapun. Jika ada pihak yang merasa artikel ini berkaitan dengan mereka,ini sekadar pendapat dan juga nasihat dari seseorang yang memikirkan tentang masa depan negaranya,harap maklum..)

No comments:

Post a Comment