Followers

Sunday, October 2, 2011

SMM anjur forum ‘Transformasi vs Reformasi”

Forum akan memfokuskan kepada sistem politik negara iaitu mengupas beberapa subjek utama ke arah pembinaan negara yang lebih matang.

PETALING JAYA: Bertunjangkan kepada intipati Deklarasi Mahasiswa Malaysia yang dilancarkan dalam Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 3.0 minggu lalu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sekali lagi menganjurkan forum yang mengupas ke arah pembinaan negara agar menjamin pentadbiran yang lebih baik.

Forum bertajuk “Sistem Politik Malaysia: Transformasi vs Reformasi” akan diadakan pada 4 Oktober ini bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam hingga 11.00 malam, demikian menurut Sekretariat SMM Ahmad Shukri Kamarudin.

Antara ahli panel yang akan menghiasi forum itu nanti termasuklah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, serta dua mahasiswa daripada Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Dua mahasiswa itu adalah Yang Dipertua PMIUM, Muhammad Safwan Anang Talib, Presiden PKPIM Ahmad Fahmi Samsuddin dan seorang moderator yang juga koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Menurut Ahmad Shukri, forum akan memfokuskan kepada sistem politik negara iaitu mengupas beberapa subjek utama ke arah pembinaan negara yang lebih matang pada masa depan.

“Ia diharap mampu memberi pendedahan rakyat Malaysia khususnya mahasiswa kepada struktur pembinaan negara yang utuh yang dapat menjamin ‘good governance’ itu sendiri,” katanya.

No comments:

Post a Comment