Followers

Sunday, October 2, 2011

Projek bodoh 2Melayu Malaysia.

Semasa membentangkan Bajet 2011, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan iaitu menara setinggi 100 tingkat yang dinamakan Warisan Merdeka dan dijadual siap pada 2015.

Pembinaan menara bernilai RM5 bilion ini adalah atas cadangan Permodalan Nasional Bhd (PNB). Walaupun terdapat bantahan daripada beberapa pihak, terutamanya ahli politik parti pembangkang, namun Perdana Menteri tetap mempertahankan cadangan tersebut.



Alasannya, pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor. “Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.



Selain Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga turut menyokong projek mega berkenaan. Kata beliau, rancangan pembinaan Menara Warisan Merdeka merupakan satu projek yang baik

No comments:

Post a Comment