Followers

Thursday, October 14, 2010

FINAL EXAM

Assalamualaikum

Lagi beberapa hari lagi aku akan menduduki final exam di kolej ku.. hati aku semakin berdebar-debar dek kerana nya... tetapi di dalam kedebaran hatiku ini, aku akan menyertai juga konvoi bebudak kolejku ke sagil.. Konvoi itu akan diadakan pada 16.10.10 yang disertai oleh para siswa seramai 500 orang, konvoi tersebut akan disertai oleh pihak polis diraja malaysia, pihak lebuhraya PLUS,dan juga beberapa orang tertentu yang akan mengikuti konvoi bermotor tersebut.

kami akan bertolak pada pukul 8.30 pagi dan akan singgah di tol ayer keroh untuk mengisi minyak dan juga sarapan. kemudian kami akan meneruskan perjalanan ke sagil. Perjalanan tersebut dianggarkan lebih kurang 2 jam. tiba sahaja di sana, kami dibenarkan untuk melakukan aktivti yang bebas.

tepat pukul 5 ptg,kami akan bertolak pulang ke kolej risda. Diharapkan segala perancangan dapat berjalan dengan lancar..

No comments:

Post a Comment