Followers

Friday, October 8, 2010

Balik Kampung

Assalamualaikum..

Apa khabar semua... Diharapkan semua baik-baik belaka.. Sekarang aku berada di Kampung ku di Kedah.. Aku mengambil cuti selama beberapa hari.. Rasa ridu lak kat kampung... lagi pun aku balik kampung di atas beberapa urusan dengan ayahku..

Lagi beberapa minggu lagi aku akan bercuti selama dua bulan kerana cuti semester yang akan aku tempuhi iaitu pada bulan 11 dan juga bulan 12..Apa pun, pada waktu cuti nanti aku akan bekerja untuk mencari wang lebih untuk membayar duit motor kesayanganku.

Esok, aku dan rakan-rakan ku akan ke pekan Kulim untuk berseronok sebelum aku pulang kembali ke Melaka.. Aku ingat aku nak main bowling bersama rakan-rakan ku... sudah lama aku tidak bermain bersama mereka.. Oh,sebelum aku balik kedah, sehari sebelum aku pulang, kolejku aku ada mengadakan rumah terbuka untuk kolejku.. Pada malam itu diadakan jamuan raya, pertandingan busana bagi para pelajar, dan juga yang paling seronok, pertandinagn battle of the band yang disertai oleh para siswa dan siswi kolej sendiri.. Sangat layan dan juga best.. Aku harap pada tahun depan akan ada lagi pertandingan seperti ini...

Nampaknya setakat ini sahaja dulu nukilanku, aku tak tahu apa yang hendak ditulis lagi... Jadi, mari sama-sama kita ikuti sambungan episod novel yang aku gemari itu.. ok,selamat malam..

tata...titi..tutu..

No comments:

Post a Comment