Followers

Saturday, October 2, 2010

CHINTA PANDANG PERTAMA.

Assalamualaikum..



Apa khabar semua.. Sekarang,semasa aku sedang menulis tulisan ini,aku sedang berada di kedai makan. Minum bersama kawan-kawanku. Memang jasadku ada di sini,tetapi fikiranku melayang entah ke mana memikirkan apa yang berlaku pada diri aku pada petang semalam. Semasa aku dan kawanku bermain b0wling di Mahk0ta Parade.



Waktu itu aku dan kawanku,syahfit sedang bermain b0wling,kemudian,di sebelahku terdapat dua orang gadis yang baru sahaja mula bermain b0wling. Aku jadi terpegun dengan senyuman gadis itu,namun aku hanya mampu melihat. Apa lagi yang mampu aku buat selain berdiam diri.



Semasa giliran kawanku dan kawannya,aku terkejut apabila dia senyum padaku,aku tidak membalas senyumannya kerana aku masih lagi terpegun dengan keayuannya. Aku lihat dia memasam kan muka,aku rasa bersalah lalu aku senyum kepadanya, dan dia kembali tersenyum.



Semasa aku memikirkan ayat untuk salam perkenalan, tiba-tiba dia datang kepada ku,dan berkata,''awak,buleh t0l0ng ambil gambar saye dgn kawan saye x?'' Dengan pantas aku menjawab,''b0leh,n0 pr0blem''. Aku sempat bergurau dengan dia,''b0leh kite ambil gambar berdua?''. Dia hanya tersenyum manja dan senyumannya itu membuatkan aku makin khusyuk merenung matanya.



Sesudah itu,dia berterima kasih padaku dan berlalu pergi membawa senyumannya.. Aku rasa menyesal kerana tidak meminta n0mb0r telef0nnya.. Tapi yang aku tahu hanya nama singkatanya,seperti yg tertera pada skrin k0mputer di lane 32, yg tertera nama, ..QAT..
Aku harap aku dapat berjumpa lagi dengannya.. Supaya aku dapat berkawan dengan dia.. QAT.. QARD.. Lebih kurang namaku....

No comments:

Post a Comment