Followers

Tuesday, July 27, 2010

MALAM YANG DINGIN

Wah...!! sudah lama aku tak tido lewat macam ni.. Bila nak tido jer,tak boleh... Bila nak boleh tido nyenyak ni...mungkian aku rindukan seseorang kot.. sampai bila aku dapat lupakan dia.. tapi malam ni aku rasa gembira,ntah kenapa aku pun tak tahu... hati aku rasa nyaman,tenang macam malam 7 likur la pulak.. Oh, bila aku tengok balik kalendar,baru aku tahu, yang malam ni malam nisfu syaaban..

Aku ada membaca satu hadis yg berbunyi begini:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.
(Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban).

Bila aku hayati hadis nabi tersebut,aku merasakan bahawa malam nisfu syaaban ni,apabila kita memohon keampunan_Nya,nescaya Dia akan mendengar kita hambanya yang lemah ni. Setelah itu baru aku rasakan aku ni,dan semua manusia di dalam dunia ni termasuk makhluk yang ada di dunia ni hanya insan kerdil yang lemah lagi hina jika dibandingkan dengan ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHI..

Jadi,manfaatkan malam nie...malam nisfu syaaban dengan membaca surah yasin sebanyak 3 kali dengan niat :
1.kuatkan iman
2.murah rezeki
3.panjang umur
semoga kita semua mendapat keberkatan dan dimakbulkan doa daripada allah s.w.t ..amin :-)

No comments:

Post a Comment