Followers

Wednesday, July 21, 2010

KELETIHAN KU

Assalamualaikum...

Fuh!!!!!
Suatu keluhan keletihan yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata(walaupun aku tulis juga kata-kata tu)... Semakin hari semakin banyak tugasan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarahku yang tersayang, perlu aku selesaikan... Namun begitu, tugasan yang bertimbun-timbun itu akan aku siapkan juga walau datang pelbagai dugaan daripada syaitan(kekadang malas menguasai diri,hehe) dan juga halangan dari sesetengah pihak,namun kata Karam Sigh Walia,"Onak duri hatta lautan api sekalipun sanggup ku rentasi" tetap menjadi perangsang untuk aku...

Aku masih ingat lagi kata-kata yang dicipta oleh seorang ustazah di bekas sekolahku,iaitu SMK Labu Besar, Kulim Kedah D.A. Dia berkata "Qardawiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!! Hang jangan dok mein-mein masa ustazah mengajaq..hah!!, hang cuba dak jawab soalan ni kat rumah???...(Lohgat Kedah la ni) "Errrrr!!! dak pun ustazah,saya tak tau la ustazah"..."Aduhhhh!!!!!!!!!" Menjerit aku kena cubit... Dan perkataan terakhir yang akan keluar dari mulut dia selepas mencubit ialah..."NAK MENGAJIIIIII!!!!!!!"...

Walaupun sakit dicubitnya, namun aku tetap ingat kata-katanya hingga kini... Sekali lagi, "NAK MENGAJIIIIII!!!!!!"

(*Ustazah yang dimaksudkan diatas ialah Ustazah Solehah Bte Mad Zain, jasamu tetap kukenang.. Tak lupa juga kepada semua pendidik yang pernah mendidik saya atau yang sedang mendidik saya sekarang ini. I LOVE YOU ALL MY TEACHER!)

No comments:

Post a Comment